Sunday, September 10, 2017

ULANGTAHUN PPBM DAN BAKAL MB JOHOR HARAPAN

Kalau tengok dari gambar, mungkin meriah agaknya sambutan ulangtahun setahun PPBM yang diadakan di Dewan Y-Square Connexion, Muar Johor.


Kenapa sambutan dibuat di Muar? Mungkin... mungkin TSMY merasakan dia masih ada pengaruh dan sokongan dan dapat memenuhkan dewan ini.

Ramai yang datang. Ya ramai yang datang dan ramai juga yang berbunyi. Kenapa pilih dewan ini yang terkenal dengan restoran non-halalnya? Dah tak de Melayu nak kasi sewa tempat ke kat TSMY?


Atau sahaja nak ambik sisa bau-bauan panggangan terdahulu yang semerbak buat penaik semangat....hahaha.

Akhirnya, benarkah TSMY masih punya sokongan yang kuat di Johor? Hal ini kita berbalik kepada apa yang dikatakan oleh Salahuddin Ayob tentang "bahasa tubuh orang Johor"


Ketika sambutan ulangtahun diadakan, bersepah gambar TSMY di Muar dengan kapsyen Bakal MB Johor... tapi sebelah sahaja muka TSMY. Sebelah lagi entah muka apek mana agaknya. Mungkin besar tersirat maknanya.


Bahasa tubuh orang Johor memang hebat. Kalau tanya orang PPBM perihal gambar ini, pasti dengan cepat mereka menuduh ini perbuatan musuh PPBM malah mungkin ada yang secepat kilat mengatakan ini kerja orang UMNO. Hahaha...

Kalau ikutkan bahasa tubuh orang Johor, meletakkan TSMY sebagai pengerusi HARAPAN Johor dan juga bakal MB Johor dari HARAPAN, sudah mewujudkan dengusan sinis. Tak mustahil poster-poster ini juga terhasil dari bahasa tubuh orang Johor dari HARAPAN itu sendiri.

Mungkin Tun Madey lupa nak buat borang dan mintak tandatangan untuk tanya orang Johor, berapa ramaikah yang masih mengalu-alukan TSMY sebagai MB Johor sekali lagi?

Tak tahulah pulak, kalau Salahuddin Ayob, Hasan Karim, Aminolhuda, orang Cahaya Baru, pembeli Amanah Saham Johor masih mengharapkan TSMY jadi MB?

Kenapa bila diumumkan sahaja TSMY sebagai Pengerusi HARAPAN Johor, yang menyambut pengumuman tersebut adalah aluan poster seperti di bawah;


Maka yang ramainya di ulangtahun PPBM di Muar itu sebenarnya untuk turut memeriahkan atau sekadar hadir untuk mendengar carutan Tun Madey dan TSMY? ....emmm


5 comments:

  1. Tak perlulah bimbang sangat, khalid nordin boleh duduk makan kuaci sambil tengok tv..

    Cuma pastikan kuacinya tidak disapu minyak babi.

    ReplyDelete
  2. Jgn nak dengkilah..masa utk berubah

    ReplyDelete
  3. Keran kuasa politik, sanggup bersama DAP yang anti Melayu anti Islam anti daulat Raja-Raja Melayu

    ReplyDelete
  4. dulu-dulu pernah gak cakap apa-apa hal melayu dulu. sekarang pulak sudah terbalik, melayu entah kemana, dengan dap jugak dia comolot. cuba beri kepada dia set-set ucapan dia semasa dalam umno. adakah dia kata dia dulu adalah hipokrit dan sekarang baru menjadi jujur? lawak tak sampai ni, camane?

    ReplyDelete
  5. SIAL BETOL LAH INI BLOGGER!!!

    ReplyDelete