TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 16, 2011

BERSIH KENALKAN KITA SIAPA CROOK SIAPA GENTLEMAN

Sebelum dan selepas BERSIH 2.0, ramailah yang mengakui pakar dan bijak undang-undang membicarakan perihal tindakan kerajaan berasaskan undang-undang.

Bagi aku rakyat biasa, tidaklah sukar untuk memahami undang-undang. Tidak perlu profesor untuk menerangkan.  Bagi aku, yang mengaku pakar tu lebih banyak putar belit dari betulnya. Aku meletakkan undang-undang sebagai sesuatu yang perlu dihormati dan dituruti bukannya untuk diperbahaskan. Mencari kelompang atau ruang kosong dalam undang-undang tersangatlah banyak. Sekiranya ini terus dibuat, maka penguatkuasaan undang-undang akan menjadi suatu kerja yang sukar.

Gentleman tak panjat pagar, mereka akan cari pintu
Bagi aku undang-undang umpama pagar rumah. Undang-undang memagari rakyat dari melakukan perkara yang dilarang oleh pemerintah. Sebagaimana pagar rumah, ia memagari kawasan rumah dari diceroboh. Bagaimanapun, pagar tersebut bukanlah untuk menghalang “crook” tetapi ianya hanya  untuk memaklumkan kepada “gentleman”. Seseorang yang gentleman tidak akan melanggar pagar orang lain walaupun ianya hanya dipagari dengan sebarisan pokok bunga sahaja. Tetapi “crook”, walaupun anda memagari kawasan anda dengan tembok tebal, mereka akan tetap mencari jalan bagaimana untuk memungkinkan mereka memasuki kawasan dalam tembok tersebut. Ini kerana telah menjadi hobi “crook” untuk menceroboh.

Begitulah juga dengan undang-undang. Ia hanyalah pagar biasa untuk rakyat biasa yang telah terbiasa menghormati hak orang lain. Undang-undang bukanlah untuk rakyat “crook” yang akan mencari seribu alasan untuk membolehkan mereka melanggar dan lepas dari peraturan undang-undang. Untuk mendidik “crook”, tiada istilah amaran, tiada istilah rundingan. “Crook” hanya boleh diatasi dengan kekerasan dan ketegasan sahaja. Perbahasan mereka tentang undang-undang tidak perlu dilayan kerana “crook” akan tetap mencari kekurangan dan jalan untuk melepasi tindakan undang-undang. Bagi gentleman, kalau mereka telah termasuk pagar orang, mereka tidak akan mempertikaikan bahawa pagar orang tersebut roboh ataupun bocor, mereka terima bahawa mereka telah melanggar sempadan yang telah ditetapkan.

Rahmatnya BERSIH, kita kenal siapa CROOK siapa GENTLEMAN.


2 comments:

HHalem said...

Haa!! KJ termasuk golongan Crook.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Sokong!!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI