TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 1, 2011

MENCABAR UNDANG-UNDANG -SATU PENYAKIT JIWA

Semakin dilarang, semakin dibantah, semakinlah kuat semangat dan nafsu untuk melakukan perkara yang dilarang. Itulah fenomena rakyat Malaysia sekarang.

Undang-undang yang ada seolah-olah dibuat untuk dicabar dan diuji. Perlanggaran undang-undang seperti suatu keseronokan. Dapat melanggar undang-undang seperti satu kepuasan. Terkadang pemerintah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar demi memastikan sesuatu undang-undang dipatuhi.

Apabila sesuatu keadaan atau situasi mengajak ramai untuk menyertainya, ianya menjadi satu sindrom. Seronok apakah yang didapati dari melanggar undang-undang ini? Mungkinkah golongan manusia ini mempunyai penyakit hati dan jiwa? Satu kajian yang komprehensif perlu dijalankan oleh kerajaan.
Mengambil satu contoh, sindrom Mat Rempit. Umum mengetahui, waima budak sekolah rendahpun tahu bahawa aktiviti merempit itu salah. Banyak aktiviti-aktiviti sukan permotoran telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengelak aktiviti merempit ini, namun merempit juga yang dipilihnya. Kerajaan melarang merempit kerana ianya menggangggu ketenteraman awam, ianya boleh membahayakan nyawa orang lain malahan ianya juga mungkin akan mengambil nyawa perempit itu sendiri. Namun golongan manusia ini tetap berdegil.

Begitu juga dengan BERSIH. Pelbagai larangan dan bantahan telah timbul. Bukan kerajaan tak bagi untuk berhimpun atau berkumpul. Berhimpun dan berkumpullah disuatu kawasan yang tidak akan mengganggu ketenteraman awam, yang tidak mengganggu urusan harian orang lain. Bukannya berhimpun dan berarak macam orang gila dijalanan yang mengganggu pergerakan kenderaan, mengganggu urusan harian orang lain. Tapi sekelompok manusia bebal ini seperti pekak dengan bantahan. Semakin dibantah, semakin kuat iltizam mereka untuk melanggar undang-undang.

Mungkinkah dengan melanggar undang-undang ini akan mendatangkan kepuasan yang maksima kepada mereka? Atau apakah mungkin, melihat kepada latar belakang penganjur, undang-undang adalah sesuatu yang perlu dicabar atau diuji keberkesanannya? Atau, sememangnya penguatkuasaan undang-undang di Malaysia ini lemah?

Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan dengan segera. Satu garis panduan tepat perlu diberikan kepada penguasa undang-undang. Penguasa undang-undang perlu dilihat sebagai menjalan dan menguatkuasakan undang-undang kerana keperluan penguatkuasaan undang-undang itu sendiri bukan kerana desakan atau sekatan dari pemerintah. Sekira undang-undang terlalu lambat dilaksanakan walhal hanya kerana desakan atau permintaan pihak tertentu, maka kesannya sangat terasa kepada rakyat jelata yang mendokong prinsip kedaulatan undang-undang. Untuk menjadi negara yang maju, makmur, aman dan harmoni, undang-undang perlu didaulatkan, rakyat wajib menghormati undang-undang. Mana-mana rakyat yang menentang undang-undang haruslah segera dikenakan tindakan yang berat agar sindrom mencabar undang-undang tidak menjadi wabak. Sekiranya sindrom mencabar undang-undang ini menjadi wabak, maka cagarannya ialah kesinambungan sesuatu negara itu sendiri. Ketegasan terhadap penentang dan pencabar undang-undang sangat-sangat dituntut pada ketika ini.
Pengerusi BERSIH, selaku pengamal undang-undang (kononnya), melakukan satu contoh yang tidak baik untuk diikuti oleh rakyat Malaysia. Seharusnya beliau mengajak rakyat untuk menghormati undang-undang, bukan mencabarnya. Untuk itu, satu penalti perlu dikenakan kepada beliau iaitu samada sekatan untuk beliau menjalankan kegiatan guamannya atau menarik balik apa-apa juga darjah kebesaran yang diterimanya yang diberikan berdasarkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan beliau kepada kedaulatan undang-undang sebelum ini.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI