TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, July 4, 2011

MOHON MENGADAP - AMBIGA BIADAP

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menerusi satu kenyataan dikeluarkan mengulas titah Yang di-Pertuan Agong semalam berkata, sikap bersangka baik sesama manusia adalah dianjurkan oleh Islam dan menjadi punca kedamaian kehidupan insan 
Bagi orang Islam, titah ini wajib dipatuhi kerana ia adalah perintah untuk kebaikan dan bagi bukan Islam, titah ini hendaklah diikuti sebagai bukti kesetiaan kepada negara ini,” kata beliau.
Juanda juga berkata Yang di-Pertuan Agong merupakan mercu tanda dan puncak kuasa di Malaysia dan baginda adalah di atas daripada segala kepentingan kepuakan dan kepolitikan. “Segala titah dan pandangan Baginda adalah amat penting dan serius untuk diikuti dan dipatuhi. Sebarang penafsiran melencong daripada titah baginda adalah suatu penderhakaan terhadap negara,” 
Artikel penuh KLIK SINI


Ini adalah kenyataan mufti. Apa kata juak-juak PAS? Apa ulasan Hj Hadi, apa kata Mahfuz, apa helah Mat Sabu....Nik Ajis tak payah tanya, pasal awal-awal lagi dia dah cabut. Ini bukan cakap orang politik. 

Sepatutnya juak-juak PAS yang faham bahasa, kena terangkan pada suku sakat DAP, pada Ambiga dan pada semua kengkawan dia yang pelat berbahasa Melayu tu apa maksud titah DYMMYDP Agong. Pas selaku orang Melayu yang menjunjung kesetiaan kepada Raja, patut menunjukkan teladan kepada rakan-rakan semimpi mereka.

Menyanggah titah Raja itu derhaka namanya. Titah Raja bukan untuk dibahas atau untuk tawar menawar. PAS patut nasihatkan Ambiga, tutup cerita fasal perhimpunan haram BERSIH, tak perlu mengadap dan memohon penjelasan dari YDP Agong. Mengadap dan memohon penjelasan dari YDP Agong perihal titah tersebut, itu biadap namanya.

 

2 comments:

Unknown said...

Salam bro.

Juak-juak Pas ni mana tahu menghormati Raja-raja. Sudah pasti mereka menuduh BN/UMNO mengunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menyekat perhimpunan haram Bersih yg kemungkinan akan di batalkan.

Mereka akan kata, BN/UMNO sudah takut, takut kalah di PRU ke-13 nanti, lalu mengunakan kuasa Yang di-Pertuan Agung. Itulah PAS, 'Parti Agama Sesat' bukan parti Islam se Malaysia...

TiS said...

W'salam Sdr Ismail,
Dah jadi budaya puak PAS, segala hamPAS dituding dan dilonggokkan kepada UMNO & BN waima ianya salah sendiri. Bila nak berubah, tak tahu le?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI