TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, August 16, 2011

550 ORANG KERACUNAN MAKANAN SEPANJANG RAMADHAN

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, sepanjang bulan Ramadhan tahun ini sahaja sebanyak 550 orang telah mendapatkan rawatan akibat keracunan makanan yang berpunca dari makanan yang tercemar.
Seronok memilih juadah di bazaar Ramadhan
Datuk Dr Hasan juga mengingatkan orangramai agar berhati-hati sewaktu memilih juadah di bazaar Ramadhan. Ini kerana katanya kita tidak tahu bagaimana dan bila juadah-juadah tersebut diproses.

Ingatan ini ada asasnya kerana memang terdapat segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab yang kadangkala tidak menjaga kebersihan sewaktu menyediakan juadah-juadah tersebut. Selain itu ada juga peniaga yang menjual semula makanan yang tidak laku pada hari sebelumnya.

Suasana di bazaar Ramadhan juga mungkin menyumbang kepada kes keracunan makanan ini. Ini dapat dilihat dimana kebanyak juadah yang dijual dibiarkan terdedah sahaja dan ini tentunya akan menyebabkan ianya tercemar akibat dari habuk yang berterbangan dan mungkin juga dihinggapi oleh lalat.

Sebagai pengguna, kita punya kuasa untuk memilih dan dengan itu berhati-hatilah sewaktu memilih juadah di bazaar Ramadhan untuk kita sajikan kepada ahli keluarga kita.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI