TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 28, 2011

KUEH RAYA TAK LAKU

MInsider hari ini menyiarkan berita keluhan para penjual kueh raya yang pada tahun ini mendapat sambutan dingin dari pembeli. Hingga akhir Syawal ini, rata-rata para peniaga mula menghitung kerugian apabila masih banyak lagi kueh raya mereka yang tidak terjual.
Kebanyakan para peniaga menyalahkan kos kenaikan harga barang mentah yang menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga kueh mereka. Mereka berkata "kuasa membeli" berkurangan kerana kueh yang mereka jual mahal.

Sebenarnya bukanlah "kuasa membeli" rendah, tetapi para peniaga masih lagi tidak sedar bahawa "kuasa pembeli" yang semakin bijak menilai. Kalau dikatakan "kuasa membeli" rendah, rata-rata pada tahun ini rakyat samada dari golongan Felda, kakitangan kerajaan, dan sebahagian swasta diberikan bayaran bonus untuk mereka beraya berbanding tahun lepas.

Kueh raya yang kurang laku pada tahun ini adalah disebabkan "kuasa pembeli" yang semakin bijak. Sesetengah produk kueh raya yang saiznya hanya sama atau besar sedikit dari syilling 50 sen bernilai 50 sen sekeping. Ianya merupakan satu pembelian yang tidak berbaloi. Sikap peniaga yang terlampau mengambil untung sedikit sebanyak mencacatkan suasana sambutan Aidilfitri. Ada peniaga pada tahun-tahun yang lepas mampu menyara kehidupan untuk selama setahun hanya dengan berniaga kueh raya pada bulan Ramadan sahaja.

Jangan salahkan kos barangan mentah. Harga barang mentah satu dunia naik, mengapa baru-baru ini kecoh dengan kemasukan kueh dari luar yang mampu dijual separuh dari harga yang biasa dijual oleh peniaga kita? Sedangkan kueh dari luar itu perlu kos pengangkutan yang tinggi untuk sampai ke Malaysia tetapi masih mampu dijual lebih murah dari yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. 

Yang penting, dalam mencari rezeki melalui perniagaan, janganlah terlalu memikirkan keuntungan yang tinggi. Fikirkan juga bab fardhu kifayah agar pengguna Islam yang kurang berduit tidak semberono membeli kueh raya murah dari negara asing. Tahniah para pengguna, anda semua semakin bijak.

2 comments:

Anonymous said...

Salam sahabat saya saudara Enal, dikesempatan yang ada ini saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir batin.

Anonymous said...

Emm nak untung lah ,,peduli apa orang susah...janji dapat untung

ARTIKEL HANGAT BULAN INI