TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 24, 2011

PAS ATAU UMNO YANG LAYAN ULAMA MACAM TEROMPAH KAYU

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan bahawa UMNO melayan ulama seperti ‘terompah kayu’. Beliau mengatakan bahawa ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika tidak mendapat pengiktirafan mana-mana parti atau pentadbiran negara.
Yang mintak disanjung dan diiktiraf hanyalah ulama PAS sahaja. Ulama yang sebenar-benar ulama sebenarnya masyarakat yang mengiktirafnya, masyarakat yang menilai dan menyanjungnya, bukan pemerintah.

Ulama yang mintak pemerintah iktiraf tu adalah ulama yang ada agenda tersembunyi. Ulama sebenar malu dan takut dengan pengiktirafan, menolak dengan hemah jika digelarkan dengan gelaran-gelaran besar. Bukan macam ulama PAS, berebut nak dikenali sebagai ulama, tapi cakap masih mencarut sana-sini. Gelar diri ulama, tapi kerana politik, hukum agama diambil mengikut keadaan, bagaimana mahu diiktiraf. Itu sebab masyarakatpun menyampah.

Ulama yang biasanya diiktiraf masyarakat tidak berada di arus perdana politik. Ulama yang duduk bersama-sama pemimpin politik dipandang serong oleh masyarakat. Itu ularmak, kata mereka.

Eloklah UMNO tidak menunjukkan pengiktirafan terang-terangan terhadap ulama. Bagaimanapun UMNO tetap menyanjung dan menghormati peranan cerdik pandai dan pemimpin agama.

Ulama yang hebat tak perlu minta pengiktirafan, malah menolak pengiktirafan lebih-lebih lagi jika dari pemerintah kerana takut dikatakan ulama kerajaan. Itulah bezanya ulama PAS dan ulama sebenar yang hebat-hebat. 

Apa yang jelas sebenarnya PASlah yang menjadikan ulama sebagai terompah kayu. Mana-mana ulama yang mereka iktiraf mereka usung ke hulu-ke hilir semata-mata untuk berceramah dan diperguna untuk menegakkan perjuangan parti mereka yang sekejap ke timur sekejap ke barat. 

Ulama yang diiktiraf PAS, yang betulnya hanya memberi salam, selepas itu penuh dengan carut marut dan caci maki. PAS telah meletakkan ulama disituasi paling hina bila memperguna dan memperbodohkan ulama hanya untuk kepentingan politik. PASlah yang sebenarnya menjadikan ulama sebagai terompah kayu mereka!!!

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI