TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 22, 2011

PDRM MASIH JAUH LEBIH BAIK

Ramai yang tidak setuju, terutamanya pihak pembangkang apabila disamakan tunjuk perasaan di London dengan tunjuk perasaan BERSIH di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, samada suka atau tidak, hakikatnya ialah rusuhan yang berlaku di London adalah bermula dengan tunjuk perasaan yang dikatakan aman.

Dalam pada para pembangkang mengutuk PDRM dalam menangani perhimpunan BERSIH tempoh hari, pembangkang harus menerima bahawa kerana tindakan tegas PDRMlah yang menjadikan perhimpunan tersebut berakhir tanpa ada kejadian-kejadian yang tidak diingini kecuali beberapa insiden kemalangan kecil.

Polis Britain yang dikatakan pihak pembangkang berhemah dalam menghadapi perhimpunan penunjuk perasaan tersebut, akhirnya terpaksa akur bahawa mereka sebenarnya telah mengambil langkah yang silap dengan berlembut terhadap penunjuk perasaan sehingga menyebabkan rusuhan yang menyebabkan kerosakan yang besar dan juga kematian.

PDRM yang dikatakan zalim, hanya menahan sekejap sahaja para penunjuk perasaan, diberi makan, diberi kebebasan menunaikan tuntutan agama dan hanya diambil keterangan dan sehingga hari ini masih tiada sesiapa yang telah didakwa.

Bagaimanapun, polis Britain yang telah terkejut dengan rusuhan tersebut, sehingga hari ini telah menangkap seramai 1875 orang dan seramai 1073 orang telahpun di dakwa di mahkamah dengan jumlah pertuduhan sebanyak 3296. 

Kepada pihak yang menyanggah PDRM, silalah congak sendiri dengan jumlah yang menunjuk perasaan di Kuala Lumpur dan yang menunjuk perasaan di London, dengan apa tindakan yang telah diambil oleh PDRM dan oleh polis Britain. Bersyukurlah kamu kerana kita mempunyai pasukan polis yang jauh lebih baik dari negara maju. Tahniah PDRM!!!

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI