TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 10, 2011

PELAJAR MALAYSIA CEDERA DALAM RUSUHAN DI LONDON

Seorang pelajar Malaysia yang dikenali sebagai Asyraf Haziq, 20 tahun, pelajar Kaplan International University, cedera dalam rusuhan di London. Beliau mengalami kecederaan ketika dalam perjalan untuk membeli makanan untuk juadah berbuka puasa.

Haziq kini dirawat di Royal London Hosipital, Whitecapel kerana patah gigi dan tulang rahang. Video pelajar ini telah menarik minat tontonan lebih dari sejuta pengunjung di You Tube kerana ketika beliau cedera kelihatan sekumpulan pemuda yang kelihatan seperti cuba menolongnya tetapi apa yang berlaku ialah mereka telah menyelongkar beg sandang pelajar itu dan mengambil dompet dan telefon bimbitnya.

Sementara itu, Presiden London UMNO Club, Dzuhair Hanafiah berkata, pihaknya sentiasa mengambil tahu keadaan warganegara Malaysia di London dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk membantu.

1 comment:

Unknown said...

Adui--semuag allah memberi balasan yang setimpal kepada penginaya,,

Allahuakbar

sudah jatuh ditimpa tangga...


sila lihat posting terbaru saya
http://kerisjentayu.blogspot.com/2011/08/negara-luar-masjid-tidak-diserbu.html

ARTIKEL HANGAT BULAN INI