Sunday, September 18, 2011

BILA MANSUH ISA, LIPAS PUN ADA

Bila mansuh aje ISA, maka bermacam pihak dah mula nak claim credit. Ada sekumpulan orang yang menggelar diri mereka Persatuan Progresif Kaum India Malaysia yang singkatannya MIPAS, siap ingatkan BN jangan syok sendiri kerana menurut mereka credit patut diberikan kepada pakatan pembangkang dan NGO yang berguling-guling meminta kerajaan memansuhkan ISA.
Yang memetik kenyataan MIPAS ni ialah MInsider oleh wartawannya yang sekaumnya juga, maka akupun cubalah tanya Pak Cik Google kalau-kalau dia kenal. Rupanya Pak Cik Googlepun cuma kenalnya melalui MInsider aje. Ingatkan besar mana sampai MInsider bagi liputan, rupanya LIPAS aje.

LIPAS ni siap sanggup nak cuba duduk bawah Pakatan barang sepenggal. Hebat tu, amat progresif. Tapi kalau aku tulis ni jangan cakap pulak aku ni perkauman.

India ni tak le ramai mana kat Malaysia, tapi persatuan entah berapa banyak. Semua nak bersuara, tapi kalau satu kaumpun susah nak bersatu, macam mana parti politik lain boleh percaya dan menyandarkan harapan? 

Aku harap BN pada PRU 13 akan datang tidak terlalu mengharap sangat pada undi kaum India ni. Semua kerusi yang ada pada kaum ini dalam BN adalah ikhsan pengundi Melayu yang ahlinya UMNO. Maka sudah sampai masanya, UMNO ambil balik kerusi ini agar suara Melayu bertambah dalam Parlimen mahupun DUN. Kalau mereka ikhlas nak sokong BN, mereka harus terima hakikat ini kerana selama inipun BN yang diterajui oleh UMNO dan Melayu tidak pernah meminggirkan sesiapapun dalam arus pembangunan negara waima kaum-kaum yang terus tiada perwakilan dalam politik.

No comments:

Post a Comment