Sunday, September 18, 2011

LAWAN TOK HIM, JANGAN TAK LAWAN!!!

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini dilaporkan berkata bahawa Perkasa akan menolak sebarang undang-undang baru menggantikan ISA yang tiada semangat ISA. Ini kerana Perkasa percaya bahawa kerajaan perlu mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam ISA bagi memastikan pihak berkuasa mempunyai peruntukan dan instrumen secukupnya bagi menangani aktiviti-aktiviti subversif dan menjaga keselamatan negara.
Aku yakin kalau Perkasa mulakan, akan ramai rakyat sokong. Rakyat sebenarnya mahukan negara yang aman. ISA yang ada tu adalah untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin. Mansuh ISApun, yang mendapat manfaatnya bukan ramai, cuma beberapa kerat para politikus dan orang awam yang bertindak tanpa memikirkan akibat dan bala yang bakal menimpa negara dan rakyat. 

Kalau ISA tu tak baik dan kejam, aku rasa Tok Him tak akan bersuara. Ini kerana beliau sendiri pernah rasa ditahan. Teruskan perjuangan Tok Him. Desak kerajaan gantikan ISA dengan akta yang lebih kurang serupa dengan Patriot Act. Kita kena dahulukan kepentingan keamanan negara dari kepentingan segelintir politikus dan orang awam yang ingin bebas bercakap dan bertindak.

3 comments:

  1. Aku sokong Tok Him!!!.....yg penting akta baru mesti lagi POWER!

    ReplyDelete
  2. Betui Tuan:-)

    Hapuskan ISA pun, yg untung dua tiga keras politikus jer.

    Bukan 28 juta rakyat yg dapat manafaat.

    Peratus yg dapat untung cuma 100 per 28juta.

    Kalu Najib fikir mcm kita gerenti dia x jadi hapus ISA, Tuan:-)

    ReplyDelete
  3. Tuan HH,
    Kira punya kira, punya kira lagi sampai habis bateri kalkulator, memang tak de untung.
    Apa macam, kalau semua blog pasang banner pulak mintak kalaupun tak hapus tol dapat kurang 50% pun ok juga. Baru ada untung!!!

    ReplyDelete