TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 17, 2011

GAMIS PULAK MOHON AUKU DIMANSUH

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), menyambut baik tindakan kerajaan memansuhkan ISA. Dalam masa yang sama, GAMIS pula mintak kerajaan mansuhkan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menurut mereka menghalang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik bersuara secara bebas.
Mungkin agaknya para mahasiswa ni dah rasa cukup dewasa dan minta diberikan ruang yang lebih luas lagi untuk aktif dalam arus politik perdana. Kalau AUKU ni dimansuhkan, agaknya nanti ada mahasiswa yang tak perlu menamatkan pengajian kerana kebijaksanaan mereka berpolitik nanti boleh dipergunakan oleh mana-mana parti dan muda-muda lagi dah boleh bertanding jadi wakil rakyat.

Para profesor yang gila bercakap dan publisiti pun selepas ni mulalah sibuk. Tentu mereka-mereka inilah yang akan menjadi Penasihat Umum. Habis terbengkalai kuliah!!!

Jurucakap GAMIS berkata, "pengumuman kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut". Ungkapan ini sahaja sudah cukup menunjukkan GAMIS belum matang lagi.

ISA dimansuhkan bukan kerana berlaku kezaliman. ISA dimansuhkan kerana sudah tidak relevan lagi. Yang ditahan di bawah ISA bukan mangsa. Mereka yang ditahan adalah orang yang menjadikan diri mereka sendiri mangsa kerana mencabar undang-undang. Sepatutnya GAMIS meneliti berapa ramai tahanan ISA yang menjadi lebih baik dari segi perlakuan, bauk dari segi tindakannya dan  baik dari segi statusnya selepas ditahan ISA. 

Isu AUKU ni, tak tahu pulak samada ianya benar-benar suara dari mahasiswa ataupun dari para-para profesor di belakang mereka. Ini kerana aku tengok kebanyakan bebudak yang masa masuk U, lambang parti politikpun ramai yang tak tahu.

2 comments:

Otak Geliga said...

dekat mana2 Universiti Malaysia ni yg galak merosakkan minda pelajar adalah parti pembangkang lahanat!!!

bermula dr persatuan pelajar yg hidup segan mati x mau sehinggalah ke bilik kuliah.

wakil pelajar/persatuan melalut ttg hak itu ini, lepas tu dikaitkan dgn keburukan kerajaan n kehebatan pembangkang....bercakap spt wakil rakyat sedangkan byk lagi hak pelajar di universiti terutamanya kemudahan pengajaran n pembelajaran, keselamatan, kebajikan, keselesaan etc x diambil peduli.

selesaikan dulu perkara dlm universiti jgn dok sibuk dgn hal luar.....yg dekat dgn diripun terabai nak sibuk cari masalah yg di luar.

siapa kata pensyarah x da selitkan fahaman pembangkang jahanam supaya pelajar benci kerajaan pemerintah???

lecture melalut ntah apa2, politikpun lenjan, pengajaran terbiar, pelajar terabai, lepas tu masa exam nak pulak suruh pelajar score mata pelajaran yg diajar.

org2 mcm ni nak ckp pasal AUKU???.....aku kata BOLEH JALAN da!!

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan Otak Geliga,
Sayang sokong dan berkongsi pandangan yang sama dengan tuan. Patut kerajaan kena perhatikan yang tukang cucuk jarum kat student tu. Kita nak lahirkan ramai siswazah berkualiti bukannya ramai pecacai politik dari universiti.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI