Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata bahawa UMNO telah mengguris hati dan perasaan rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera pengkhianat bangsa.
Aku tak le kenal si Suhaizan ni, tapi setakat nak jadikan buku Pengukir Nama Johor sebagai rujukan sahaja tidak memadai. Tindakan Mat Sabu mengangkat Mat Indera yang bersekongkol dengan komunis lebih menghiris perasaan anak Johor.
Di akhir biodata ringkas Mat Indera di buku Pengukir Nama Johor juga telah ditimbulkan persoalan, apakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Itulah uniknya anak Johor. Yang baik tetap disebut baik dan yang tak baik tetap tak baik.
Dalam hal ini PAS tak perlulah nak jadi juara anak Johor. Anak Johor rata-rata mengakui di awal perjuangannya, Mat Indera memangnya seorang yang antikan penjajah. Di awal perjuangannya Mat Indera memang seorang pejuang tetapi sayang diakhir hayatnya dia mati sebagai petualang bangsa. Sekiranya Mat Indera tidak bersekongkol dengan komunis yang akhirnya melibatkan kematian anggota polis Melayu, mungkin sejarah akan mencatatkan beliau sebagai pejuang anti penjajahan. Untuk meletakkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan mungkin tidak kerana beliau tiada landasan atau platform ke arah itu. Perjuangan Mat Indera hanyalah lebih kepada bencikan orang Inggeris.
Terdesak atau terpengaruh dengan dakyah komunis merupakan satu kesilapan paling besar dalam hidup Mat Indera hinggakan beliau dikenali dengan nama Mat Indera Komunis.
Ironinya, anak Johor telah lama mengiktiraf perjuangan awal Mat Indera tetapi tetap mengutuk penglibatan dan persekongkolan dengan komunis, sesuatu yang tidak dapat dimaafkan.
Kaedahnya lebihkurang samalah kiranya sekarang ada parti lain yang menjayakan negara Islam, takkan nak bagi kredit pada Pok Nik dan Hadi Awang yang dah bersekongkol dengan DAP sosialis dan menggugurkan perjuangan membentuk negara Islam tetapi angan-angan awal Pok Nik dan Hadi Awang tu tetap kita kenang sebagai penglipur lara!!!
I say Tuan:-)
ReplyDeleteIni sudah bagus Tuan.
Mula-mula hero, kemudian zero.
Pok Nick/Hadi mula-mula hero kemudian zero.
HH,
ReplyDeleteMereka senasib, pejuang yang tak sabar untuk mencapai matlamat perjuangan mereka.
bagi aku cerita wira pas - mat indera mempunyai pengajaran yang cukup mudah, iaitu inilah akibat bersahabat dengan iblis sebagaimana saranan father nicky. nyatanya adalah benar jika fatwa father nicky itu dikatakan sebagai fatwa yang sesat dan menyesatkan. apabila iblis menjadi sahabat, dia akan menipu daya kita sehingga memusnahkan hasrat kita yang suci pada awalnya, contohnya adalah menjadi hasrat awal mat indera untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis - itulah kejayaan iblis menipu daya mat indera. walaupun mat indera tidak membakar dan membunuh polis puncanya dari mat inderalah pihak komunis mampu mengatur serangan ke balai polis tersebut dan seterusnya melakukan kemusnahan yang dia tidak terfikirkan dan melanggar batas peperangan sebagaimana yang ditetapkan olih islam, kenapa dia tidak membelot menyerang kembali komunis yang khianat itu? kenapa dia tidak memikirkan bahawa dalam keadaan darurat masing-masing pihak mempunyai senjata api dan peperangan yang dahsyat bolih berlaku. mat indera ibarat seorang alim yang memanggil sepasukan perompak dan pembunuh untuk masuk ke sebuah rumah demi mengajar penghuni rumah itu bagaimana berakhlak baik tetapi akhirnya seluruh penghuni rumah itu dibunuh dan dibakar, layakkah dia menjadi pejuang jika dia gagal memikirkan akibat pada sebab yang diperbuatnya itu.
ReplyDeleteAnon 10:47
ReplyDeleteCantik sekali huraian tuan.
Jepun pun anti British malah berjaya menghalau British daripada Tanah Melayu.
ReplyDeleteadakah kita iktiraf Jepun sebagai pejuang kemerdekaan kerana jepun menentang penjajah British? Tidak.
samalah macam Mat Indera, fakta dia menentang British tidak bermakna dia layak jadi pejuang negara.
Jepun halau British, kemudian Jepun pula jajah kita.
kalau berjaya menguasai Tanah Melayu sama macam kita di jajah pulak oleh komunis.