Monday, September 5, 2011

PERLUKAH KJ SAHUT CABARAN DEBAT PAS?

MInsider hari ini melaporkan bahawa Khairy Jamaluddin menerima pelawaan debat bersama Mat Sabu berkaitan isu Bukit Kepong dan komunis oleh kerajaan Kelantan yang akan diadakan di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perlu melayan kebodohan dan ketololan Mat Sabu dan PAS yang masih cuba untuk menegakkan benang basah mereka? Bukankah telah jelas sekarang bahawa PAS telah tersepit dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu tersebut.
Tidakkah cukup dengan Pentas Patriot yang ingin menjelajah negara untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan isu tersebut? Apakah KJ telah mendapat restu rakan-rakan dalam menerima pelawaan tersebut kerana Mat Sabu adalah terlalu tolol dan terlalu bodoh untuk ditandingi oleh KJ!!!

Debat yang dicadangkan PAS itu tidak lebih dari cuba untuk mengheret UMNO ke dalam masalah kepercayaan rakyat terhadap PAS yang telah dicipta sendiri oleh PAS melalui Mat Sabu, perlukah KJ dan UMNO memasuki kemelut dalaman PAS itu? 

Percayalah, debat tersebut tidak akan menyelesaikan isu komunis dan Bukit Kepong yang dicipta PAS, malah dengan adanya debat tersebut akan lebih banyak lagi putar belit yang akan dibuat oleh PAS. Walaupun natijah dari debat tersebut PAS mengalami kekalahan teruk akibat salah menafsir sejarah, sejarah telah menunjukkan bahawa PAS tidak akan mengakui kesilapan mereka dan jauh sekali untuk meminta maaf atas kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan.

Diharapkan para pembaca dapat turut sama menyumbang komen untuk isu debat KJ ini.

4 comments:

  1. biar ler dia org debat, nanti rakyat jadi saksi, ape nak takut klu berada di pihak yg benar, berani kerana benar, takut kerana salah

    ReplyDelete
  2. kenapa amik kj, karang dia bwa isu kj yg len. bek bawa nazri dia lg pndai ckp.

    ReplyDelete
  3. pehal ko takut depa debat? nak suruh ko alamatnye kecut teloq la.....

    ReplyDelete
  4. KJ tak perlu buang masa layan kekalutan yang mereka timbulkan. Nasi dah jadi bubur. Pandai mereka sendirilah nak atasi. Tapi kalau nak debat sangat,anggota keluarga, waris ,saudara mara yang terkorban dalam mempertahankan Bukit Kepong mesti panggil sama berdebat.

    ReplyDelete