Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin sudah nampak jalan yang semakin kusut akibat tindakan Mat Sabu. Namun telah menjadi perangai PAS, mengakui kesilapan amat jauh sekali. Dalam mencari jalan menegakkan benang basah mereka, UMNO dipelawa untuk berdebat berhubung isu Bukit Kepong, pejuang kemerdekaan dan komunis.
Aiii.......dah surrender |
Menurut laporan MInsider, Tuan Ibrahim berkata, dengan ramainya rakyat yang celik IT, kenyataan Mat Sabu telah membuka mata dan rakyat mula bangkit mempersoalkan sejarah yang ditulis.
Kalau benarlah ramai rakyat yang telah membuka mata dan mempersoalkan sejarah kemerdekaan negara dan menyokong kenyataan Mat Sabu, mengapa perlu Tuan Ibrahim mempelawa UMNO untuk berdebat isu yang sama? Nampaknya Tuan Ibrahim dah tahu bahawa Mat Sabu dah terjun ke perigi buta dan supaya kebodohan tersebut turut diterima oleh UMNO, maka dia pelawa pulak UMNO untuk berdebat.
Kalau benarlah rakyat mempersoalkan sejarah kemerdekaan negara dan ramai rakyat yang menyokong kenyataan Mat Sabu, PAS yang terkenal dengan sikap bongkaknya itu tak mungkin akan mempelawa UMNO untuk berdebat. PAS mempelawa UMNO ke pentas debat hanya setelah melihat populariti mereka semakin menurun dan Mat Sabu pula semakin bodoh tak boleh diajar.
Kalau betul PAS nak berdebat isu sejarah kemerdekaan negara dan para pejuangnya, UMNO bukanlah orang atau entiti yang layak untuk diajak berdebat. Kalau nak ditegakkan juga benang basah tersebut, ajaklah Prof. Khoo Kay Kim, Arkib Negara dan Muzium Negara untuk berdebat.
Walaupun tak ada satupun nama besar PAS yang terlibat dalam sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan, rakyat belum pernah mempertikaikannya. Hiduplah seaman-amannya di bumi bertuah ini. Tak perlu rasa malu atau kekok untuk menjamah kemakmuran kemerdekaan.
Sumber di SINI
6 comments:
apalah nak dikaitkan dengan umno...berdebat lagi....sendiri cakap sendirilah tanggung... pandai-pandailah... bagaimana nak tipu rakyat dengan isu ini....sekarang nak jadi ahli sejarah pulak dah... tapi tak tahu SUMBER sejarah..... namun begitu jangan bimbang nama nama mat sabu dah pun masuk dalam sejarah Malaysia pun sebagai seorang yang mahu mengubah sejarah. Dia akan dimaki hamun oleh anak cucu cicit 61 tahun akan datang..
"saya ada baca buku2 sejarah. saya ada melayari internet. tp saya lupa tajuk buku yg saya baca itu", ujar mat sabu mempertahankan dakwaan. soalnya, dia bercakap atas kapasiti apa, timbalan presiden pas bukan? seorang timbalan presiden parti besar lupa menyebut bahan rujukan bagi menyokong pendapatnya sendiri. lucu bukan? agaknya sebab itulah beliau kantoi dari utm sbb buat assignment tak pakai rujukan, hentam ikut buta perut sendiri. percayalah, mat sabu tak akan dpt menyebut apa buku yg dia lupa tajuk itu dlm masa terdekat. kalau adapun dlm beberapa minggu lg kerana buku itu sedang ditulis dan akan diterbitkan kemudian. karangan mat sabu sendiri dan diterbitkan oleh haramjadah sdn bhd. hidup menipu ni tak selamat mat, walau yg ditipu itu adalah pengikut totokmu sendiri. duit klim spitalpun tipu, teruk benar dh ko ni mat. tu belum lg cerita duit tabung memali lg tu. aduyai, timbalan presiden paling budus pernah pas dpt.
Apa kata diadakan sesi penjelasan terbuka seumpama sesi soal jawab antara PAS Vs rakyat. Mat Sabu wajib hadir dalam sesi berkenaan untuk menjawab persoalan, ketidakfahaman, ketidakjelasan yang mungkin ingin diketahui dengan lebih lanjut oleh rakyat samada dari kalangan rakyat yang celik sejarah atau sebaliknya.
Sapa yang mula isu ini , ngapa nak salahkan UMNO pulak ? Heran sungguh sikit sikit salahkan UMNO itu saja modai depa , cuba lah cari pendekatan lain ,nie sikit sikit nak berdebat macam lah depa tu pandai sangat dan yakin depa serba tahu. Aku dah naik meluat dengan isu ini, terutama dgn orang yang bawa isu ini.
Buku yang dibaca oleh Mat Sabu di karang oleh Chin Peng, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin yang di keluarkan oleh PKM yang dijadikan bahan rujukan oleh sebahagian besar tokoh-tokoh parti pembangkang terutamanya PAS dan DAP serta golongan generasi mudah yang lahir sekitar tahun 1980an ke atas.......golongan ini tidak percaya berlakunya pemberontakan Komunis dan penaklukan Jepun ke atas tanah Melayu dan peristiwa 13 mei 69.....mereka anggap peristiwa tersebut seperti kisah hikayat hang tuah ataupun Merong Mahawangsa ataupun kisah wayang Jangan Pandang Belakang......Begitu juga tokoh-tokoh besar PAS yang ada sekarang ini....mungkin 100 tahun akan datang PDRM/ATM yang bertugas di bawah Kerajaan BN di label sebagai pengganas/pengkhianat, manakala para pembangkang diangkat sebagai wira/hero di mana ketika itu PR menjadi Kerajaan memerintah Negara ini.....
Salam.
Tak payahlah nak berdebat.
Lebih baik kepimpinan PAS perbetulkan niat.
Sementara masih ada sedikit lagi "kepercayaan" rakyat beragama Islam terhadap perjuangan PAS.
Post a Comment