TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, November 17, 2011

GRADUAN ISMP TAK MATANG NAK JADI CIKGU

Gabungan Ikatan Islam Se-Malaysia (Gamis) menasihatkan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah penempatan guru graduan pendidikan. Budak baru habis belajar belajar (mungkin setengahnya masih belajar lagi) nak nasihatkan menteri. Beginikah sikap bakal seorang guru?

Apakah menuntut ilmu itu untuk ganjaran? Sememangnya dengan ilmu itu dapat mengubah nasib seseorang, tapi bukanlah dengan menyalak untuk orang lain memberikan tempat dan peluang kerja.


Apa istimewanya graduan ISMP berbanding dengan graduan-graduan lain? Mengapa graduan kursus lain tak bising-bising meminta kerajaan menyediakan tempat untuk mereka bekerja? Salahkan graduan ISMP memasuki bidang lain? Atau graduan ISMP hanya belajar bagaimana cara untuk menyediakan persediaan mengajar dan menanda tanda betul dan pangkah sahaja hingga tidak melayakkan mereka untuk ke sektor lain.

Beratus ribu lagi graduan yang keluar dari IPT dan IPTA. Tak ada yang menyalak untuk kerajaan menyediakan sektor pekerjaan yang dalam bidang mereka. Ramai yang terjun ke bidang lain dalam pekerjaan dan ramai yang berjaya.

Nampak sangat lepasan graduan ISMP terlalu sempit dan terhad ruang pemikiran mereka. Kerajaan tak perlu melayan mereka ini. Dapat pekerjaan yang sama dengan jurusan yang dipelajari merupakan satu bonus, tetapi bukanlah bermakna ISMP hanya perlu duduk di sekolah sahaja. Bagaimana kalau graduan bidang lain juga menyalak minta kerajaan sediakan pekerjaan yang setara dengan pengajian mereka? 

Inilah contoh mereka yang berpendidikan tetapi bukan ingin sangat bekerja. Mereka hanya tertarik dengan imbuhan dan gaya kerja perguruan. Kalau nak bekerja, tak semestinya kena jadi cikgu!!!

4 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Blog,

Saya rasa tuan tak faham masalah sebenarnya

TPM telah menyistiharkan bahawa 7000 "guru sementara" di beri status guru penuh tetapi mereka yang sedang belajar menjadi guru di suruh cari kerja lain.

Apa lojiknya?

Guru sementara yang tidak belajar dan tidak di latih untuk menjadi guru(ianya untuk sementara sahaja) dikekalkan.

Sekarang pun rakyat sudah komplen tentang kualiti guru2 - yang telah dilatih selam 3 tahun

Cuba bayangkan berapa banyak lagi masalah yang akan timbul dari guru yang tidak dilatih?

Pembelajaran menjadi guru adalah khusus untuk menjadi guru.Apa lagi yang mereka hendak buat?

Bolehkah mereka menjadi jurutera atau doktor atau akauntan?

HHalem said...

Tuan Anon 7:47:-)

Itu pandangan sebagai Guru Terlatih, cukup bagus dan menarik:-)

Sekarang letakan diri Tuan pula sebagai 'Guru Sementara'. Fikirkan disudut satu sahaja, jgn banyak. Fikir sudut 'habis madu sepah dibuang' dan org disekeliling Guru Sementara tersebut.

Jika Tuan Guru boleh lagi berfikir, sila letakan diri Tuan ditengah-tengah, dan pandang kiri kpd Guru Sementara dan pandang kanan Guru Terlatih. Kmdian cuba buat keputusan dan pertimbangan jika boleh. Letakan diri Tuan dikedudukan TS Muhyiddin dn cuba timbang.

Seorang pendidik berkaliber memerlukan pertimbangan dari pelbagai sudut yg waras.

Pendidikan dan pembelajaran ialah ilmu berterusan yg memerlukan pengamatan.

Jika Tuan seorang guru terlatih, jangan tunggu-tunggu dan berpolitik. Besok pagi-pagi pergi ke PPD terdekat dan isi borang Guru Ganti dengan segera..Jangan pilih atau cerewet subjek mengajar dan jangan cerewet sekolah yg akan dihantar.

Dengan jalan ini, Isyaallah, Tuan akan mudah diserap ke Guru kekal krn telah terlatih. Biar dia org terus berpolitik krn ia tidak akan ke mana-mana.

Selamat mencuba, Tuan guru:-)

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan Anon7:47,
Sebenarnya GSTT memang wajar diserapkan. Kesetiaan mereka mendidik walaupun mendapat imbuhan yang jauh kurang dari guru tetap dan biasanya menjadi mangsa guru tetap untuk disuruh itu dan ini wajar dihargai. Malahan kalau SKT dibuat perbandingan, rasanya SKT GSTT ni jauh lebih baik pencapaiannya dari sesetengah guru terlatih.

HHalem said...

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pergi Kursus Dalam Cuti (KDC) dan ada yg ambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Depa ni lebih pengalaman dari guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Depa ni pun dah ada keluarga.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI