Sunday, July 29, 2012

SELEPAS DISENARAIKAN, PENEROKA MASIH DAPAT DUIT RAYA?

Masa nak disenaraikan FGV dulu, bukan main heboh lagi diperkatakan kononnya peneroka Felda bakal kehilangan pelbagai keistimewaan termasuk bantuan duit raya. Rupanya tidak!

Siang tadi, DS Najib telah mengumumkan pemberian wang raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda termasuk yang menentang Felda.

Menurut DS Najib, 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

Selain itu, sagu hati juga diperuntukkan kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.

Isyhhh...banyak tu!!! Apa yang Mazlan Aliman dan ANAK dapat berikan kepada peneroka Felda? Kalau ikut status FB Mazlan, katanya dia agihkan bubur lambuk di DUN Pasir Raja iaitu di kampung halamannya. Siap letak gambar gitu kat FB dia.


Bila aku tanya orang Felda Bukit Ramun sebentar tadi melalui telefon, yang kesemuanya kengkawan aku, dia orang kata, tak ada pulak bubur lambuk ANAK atau PAS sampai ke rumah! Agaknya dihantar berpilih-pilih, tengok rumah PAS ke rumah UMNO. 

Lepas ni tentu ANAK akan kata, tu duit untuk beli undi peneroka, bukannya duit raya. Walhal dah tiap-tiap raya peneroka diberi duit raya walaupun bukan masa pilihanraya. Ya lah, apa ada setakat RM400 pada orang-orang PAS, sekali pusing bawak kotak aje masa ceramah, lebih dari tu boleh dapat. Tu yang depa tak heran apa jua bantuan dari kerajaan!


No comments:

Post a Comment