
Siang tadi, DS Najib telah mengumumkan pemberian wang raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda termasuk yang menentang Felda.
Menurut DS Najib, 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.
Selain itu, sagu hati juga diperuntukkan kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.
Isyhhh...banyak tu!!! Apa yang Mazlan Aliman dan ANAK dapat berikan kepada peneroka Felda? Kalau ikut status FB Mazlan, katanya dia agihkan bubur lambuk di DUN Pasir Raja iaitu di kampung halamannya. Siap letak gambar gitu kat FB dia.
Bila aku tanya orang Felda Bukit Ramun sebentar tadi melalui telefon, yang kesemuanya kengkawan aku, dia orang kata, tak ada pulak bubur lambuk ANAK atau PAS sampai ke rumah! Agaknya dihantar berpilih-pilih, tengok rumah PAS ke rumah UMNO.

No comments:
Post a Comment