Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan
sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di
Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.
![]() |
Klik gambar untuk besarkan |
Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai
Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai
pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.
Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di
Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia
daripada 254 ketua kerajaan dan negara
dan institusi mereka.
Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam
paling popular yang "tweets properly" - hanya 30 daripada 254 ketua
negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.

Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular
di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10
terbaik di peringkat global.
No comments:
Post a Comment