Patut le DAP beria-ia menjolok DS Najib agar segera membubarkan parlimen. Rupanya ada ketakutan bagi DAP sekiranya PRU ke 13 dibuat dalam tahun 2013.
Beberapa rakan yang percaya pada faktor nombor bagitau, kembar 13 iaitu PRU 13 pada 2013 adalah tidak baik untuk DAP yang didominasi oleh Cina. Bagaimanapun bagi BN yang didominasi oleh Melayu, angka 13 merupakan angka yang mendatangkan kebaikan.
Selain itu, 2013 juga merupakan ulangtahun ke 44 peristiwa 13 Mei, rusuhan kaum yang tercetus dek kebongkakan DAP. Sekali lagi angka tersebut menakutkan DAP. Angka 44 tidak membawa petanda baik bagi DAP, sekiranya mereka menang pada PRU tersebut dan ditakdirkan terjadi sekali lagi rusuhan kaum.
Namun begitu, faktor nombor itu hanyalah telahan. Diharapkan negara akan terus aman, makmur dan maju selepas dari PRU 13 nanti. Semoga negara akan terus ditadbir oleh mereka yang dari kalangan yang cintakan keamanan. Insyaallah!
No comments:
Post a Comment