Sehingga tengahari tadi, saham FGV susut lagi kepada RM4.66. Sebenarnya penurunan saham FGV ini merupakan rahmat buat Mazlan Aliman. Sebabnya, ada isu untuk dia mengadakan himpunan oren sekali lagi dan sekaligus menadah tong yang lebih besar kononnya sebagai "derma jihad".
Kalaulah himpunan oren itu diadakan untuk mengadakan sembahyang hajat meminta agar saham FGV kembali mencatatkan harga yang tinggi, aku salute kat Mazlan. Tapi hal ini tak mungkin berlaku, sebab sememangnya hajat dia untuk melihat kegagalan FGV. Seronok dia melihat harga FGV semakin turun. Dan apakah orang yang sebegini yang mahu diikuti oleh warga Felda?
Bercakap bab himpunan oren, di Scotland, terdapat sekumpulan biri-biri telah diwarnakan oren oleh tuannya. Sebabnya untuk mengelakkan biri-biri mereka dari dicuri. Dengan warna yang berbeza dari biri-biri yang lain, maka senang untuk tuannya mengecam ternakannya sekiranya dicuri. Maklumlah, dah diberi makan dan dijaga, tetiba dicuri, tentu rugi.
Mungkinkah Mazlan dan ANAK yang berwarna oren juga diternak oleh seseorang hanya untuk melihat runtuhnya institusi Felda yang telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu?
1 comment:
Saham ni mmg ada naik turun, ada masa yg sama didorong oleh sabotaj sama oleh orang luar, mana tahu SOROS ke guna orang melayu mcm Mazlan ke beli saham byk pastu terima komisen tiap tiap bulan kemungkin ada ...jgn fikir tak ada, sbb mereka nak buat hal dlm diam diam.
Post a Comment