Friday, December 14, 2012

DI MANA NAK SEKOLAH NANTI?

Semalam petang aku berkesempatan mengeteh dengan rakan-rakan di Kulai. Rata-ratanya mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai.

Mereka menyatakan kerisauan tentang status sekolah agama anak-anak mereka pada sesi 2013 nanti. Ini kerana menurut mereka, sekolah agama sedia ada yang menyewa bangunan rumah kedai telah dikecilkan dari 5 unit rumah kedai kepada 3 unit sahaja. Manakala kebenaran untuk menumpang belajar di Sekolah Keb Bandar Putra telah tidak disambung.

Ada sebuah bangunan baru yang telah siap tetapi menurut mereka hingga ke hari ini, yang cuma tinggal 2 minggu lagi persekolahan bermula, status bangunan baru sekolah agama tersebut masih lagi samar-samar. Samada dapat digunakan ataupun tidak. 

Sekolah Agama Bandar Putra mempunyai lebih dari 2000 murid. Menurut rakan aku tu, kalaulah bangunan sekolah baru itu masih tak dapat digunakan untuk sesi persekolah 2013 nanti, alamat bersepahlah murid-murid tak ada kelas. Tanya mereka kepada aku, kalaulah bangunan baru tu masih tak dapat digunakan lagi, patut tak kalau ibubapa berpakat sewa khemah dan letak kelas anak-anak mereka atas jalanraya? Ermmmm.....



No comments:

Post a Comment