Friday, December 14, 2012

NASIB BAIKLAH KAMU MEWARISI DARI BN


Patut ke kerajaan PR Selangor nak berbangga? Rasanya sebelum mereka nak berbangga, mereka seharusnya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada kerajaan BN yang telah mewariskan kerajaan yang cukup sempurna untuk mereka.


Dapatkah mereka berbangga sekiranya mewarisi kerajaan yang telah lama diperintah oleh PAS, seperti Kelantan? Dapatkah mereka mencatatkan pelaburan yang begitu tinggi hanya selepas 4 tahun memerintah sekiranya mereka memerintah Kelantan?

Puak-puak PR ini sewajarnya sedar bahawa sekiranya BN tidak meninggalkan sebuah negeri yang cukup serba serbinya dari segi prasarana dan kemudahan, tidak mungkin mereka mampu menarik pelaburan sebanyak itu. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN yang diburuk-burukkan oleh mereka selama ini adalah kerajaan yang baik. Kerajaan BN telah mewariskan kepada mereka sebuah kerajaan dengan asas yang cukup kukuh. Mereka hanya tumpang menuai hasilnya sahaja.

Kalau nak harapkan PR, apa yang mampu mereka lakukan dalam masa 4 tahun yang lepas? Segenap peringkat pimpinan mereka hanya sibuk berceramah ke hulu dan ke hilir demi memenuhi cita-cita untuk ke Putrajaya. Sekiranya mereka gagal mempertahankan  Selangor pada PRU 13 nanti, tiada yang baharu yang mereka tinggalkan kecuali kerajaan BN hanya terpaksa me'repair' kerosakan-kerosakan yang ditinggalkan.


No comments:

Post a Comment