Saturday, December 15, 2012

MANA YANG LAINNYA?


Kalau dengar Mazlan Aliman punya gegar, ramai peneroka Felda menyebelahinya. Kemudian dakwanya lagi, 75% pegawai Felda juga menyokong perjuangan ANAK. Tapi kenapa semasa membuat laporan di Balai Polis Central JB mengenai KPF, cuma ini sahaja yang mengiringinya? Mana yang lain, takkan dia orang tak sayang dengan saham KPF mereka?

Nampak sangat warga Felda dah muak dan menyampah dengan orang-orang yang cuma ingin memporak perandakan Felda. Warga Felda dah sedar, kalau KPF yang selama ini keuntungannya bergantung kepada perniagaan atas ehsan Felda untuk menambah pendapatan peneroka terus diganggu, maka sukarlah untuk KPF mencatatkan keuntungan ditahun-tahun yang mendatang. Puak-puak ni memang suka kalau ekonomi warga Felda tak stabil. Senang mereka nak masuk jarum.

Kalau korang tengok muka si Md Said tu, rasanya macam terpaksa aje mengikut di Mazlan. Apa tidaknya, korang tengok aje, butang bajupun tak habis kancing. Dengan bercapal, rasanya macam tergesa-gesa aje! He...he...he...ko tau la nasib ko Md Said, tak lama lagi nanti masa Mazlan bagi ceramah, ko kena le bawak kantung hijau berkeliling tapak ceramah mintak sedekah.


No comments:

Post a Comment