Saturday, February 2, 2013

DUN PASIR RAJA DAH PUKUL GENDANG!

  
Pagi tadi, bermulalah jentera PRU 13 Barisan Nasional DUN N35 Pasir Raja bergerak secara rasmi. Mesyuarat gerak kerja telah diadakan di Bilik Gerakan N35 bersama dengan semua jawatankuasa bilik gerakan PDM di DUN Pasir Raja. 

Diharapkan agar yang mana telah diamanahkan dengan tugas-tugas tertentu, akan dapat menjalankannya dengan penuh semangat untuk menang besar, akan terus menyokong, walau siapapun calun yang akan dinamakan oleh pucuk pimpinan parti nanti.

Apapun, sebenarnya jentera-jentera PRU PDM di DUN N35 Pasir Raja ini telahpun memulakan gerak kerja perang saraf mereka semenjak dari Ramadhan yang lalu dengan pelbagai program bersama masyarakat dan juga ketua-ketua masyarakat. Melihat kepada suasana dan maklum balas pengundi, rasanya DUN N35 Pasir Raja mampu mengekalkan kerusi untuk BN dengan undi popular yang tinggi. Malahan aku yakin, dengan sokongan rakyat kepada calun Barisan Nasional serta rekod-rekod YB BN yang lepas dan sedia ada, taiko PAS, Mazlan Alimanpun tak akan berani untuk menawarkan diri untuk bertanding di kampung halamannya ini. 

Bagi aku, setelah bergerak dan bertungkus lumus berceramah ke segenap pelusuk Malaysia mengecam kerajaan BN, adalah menjadi satu kegagalan yang nyata bagi Mazlan Aliman sekiranya tidak menawarkan diri untuk bertanding di DUN Pasir Raja dan Parlimen Tenggara dan sekaligus menunjukkan bahawa Mazlan Aliman mengakui bahawa BN sememang bagus untuk ditandingi.


No comments:

Post a Comment