Saturday, February 2, 2013

BEKAS UMNO LEBIH UMPHHH...

   
Bila dah bercampur dengan bekas-bekas UMNO, agaknya Hadi Awang nampak bahawa apa yang ada pada bekas-bekas UMNO ni jauh lebih baik berbanding dengan apa yang mampu diberikan oleh otai-otai PAS yang dah berdekad bersama dengan PAS.

Untung betul bekas-bekas UMNO yang masuk PAS ni. Cap jari belum kering lagi, tapi dah boleh mengatasi otai-otai PAS. Namun begitu, ada rasa pelik pulak bila Hadi kata dia tak boleh menentukan nasib otai PAS, Ustaz Nasha tapi dalam masa yang sama dia pula membayangkan akan menentukan nasib bekas-bekas UMNO dengan meletakkan mereka sebagai calon PAS pada PRU 13 nanti.
   
  
Kepada ahli-ahli PAS, kalau Presiden anda dah suka pada yang bekas-bekas, buat apa anda nak sokong dan pangkah yang bekas, lebih baik anda ambil yang betul-betul UMNO, sahih original, belum janda lagi!!! Kalau Presiden ambil bekas, anda ambil yang belum bekas lagi, tentu anda lebih hebat dari Presiden anda. Tak ke gitu???


No comments:

Post a Comment