Friday, February 1, 2013

KERANA UMNO PERINTAHLAH, HADI BOLEH PAKAI JUBAH DAN SERBAN

  
Sombong bebeno bunyi cakap Hadi Awang bila berkata bahawa PAS tak boleh bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO dan BN tidak tahu memerintah. Agaknya Hadi dah lupa bahawa rakyat Trengganu dah uji dia samada tahu memerintah atau tidak dan akhirnya cuma sepenggal aje merasa jadi Menteri Besar. Tu pandai le agaknya memerintah!

Selain itu, Hadi juga mendakwa kononnya UMNO tak tahu membina sebuah negara yang berteraskan agama Islam. Malas rasanya nak ungkit apa yang UMNO dan BN dah buat untuk Islam yang merupakan antara tuntutan-tuntutan Islam terhadap pemerintah yang telah dan sedang dilaksanakan. Apa yang PAS buat untuk membina sebuah negara berteraskan Islam? Apakah dengan mengusung tong derma pada setiap kali perhimpunan pemimpin bertemu rakyat itu antara ciri-ciri yang Hadi nak banggakan?

Ingatlah...cubalah berterima kasih dan bersyukur. Rasanya kalau bukan UMNO yang menerajui pemerintahan Malaysia ini, PAS mungkin lama dah terkubur. Silap-silap haribulan, mungkin Hadi Awang dan yang lain-lain tu, mungkin tak berpeluang untuk berserban dan berjubah untuk menampakkan ciri-ciri Islamik mereka. 

Ingatlah, kalau bukan PAS yang boleh bekerjasama dengan UMNO dan bukan UMNO yang boleh bekerjasama dengan PAS, siapa lagi? Apakah kalau DAP berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dengan melemahkan MCA dan MIC, apakah mereka akan pandang PAS? Beringatlah....


No comments:

Post a Comment