Sunday, February 17, 2013

MAZLAN ALIMAN BAKAL ULANGI SEJARAH

  
Ha...ha...ha..., Mazlan Aliman bakal mengulangi sejarah. Sejarah kekalahan, silap-silap boleh hilang wang pertaruhan kali ni!

Nampaknya Mazlan macam dah seronok dengan kemasukan beberapa ahli UMNO Felda Bukit Permai menganggotai PAS dan menganggap ia sebagai satu petanda bahawa dah sampai masanya dia akan bergelar YB. Mintak maaf le Lan!

Laluan ko di DUN Bukit Permai pada kali ini akan lebih sukar lagi berbanding dengan tempat-tempat yang pernah ko bertanding Lan. Kalau ko masuk DUN Bukit Permai, undi yang ko dapat kali ni silap-silap lebih sedikit dari undi yang bakal ko dapat kalau ko bertanding di Tenggara.

Ko nak tau kenapa? Pada PRU 13 ni, orang DUN Bukit Permai, samada Melayu, Cina mahupun India akan terpaksa berfikir beberapa kali untuk memberikan undi kepada pembangkang yang mana setiap kali masuk ke tempat mereka, akan membawa tin MILO untuk mintak rakyat sedekah. Mereka kali ini mempunyai pilihan yang lebih baik berbanding calun-calun BN yang lepas.

Sebabnya, walaupun terdapat sedikit kemarahan dari pengundi DUN Bukit Permai, tetapi kali ini mereka pasti terpaksa membuat pertimbangan yang sebijak-bijaknya samada mahu memilih PR atau BN berdasarkan faktor calun. Ini kerana terdapat khabar-khabar yang hampir pasti bahawa calun BN bagi DUN Bukit Permai pada PRU13 nanti adalah calun luar, muda dan bakal dinobatkan sebagai MB Johor yang baru menggantikan YAB Ghani Othman! Faktor calun dan kedudukan calun selepas PRU nanti pasti akan mengubah sokongan pengundi terutamanya pengundi Cina yang memang gemarkan wakil mereka mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

Nampak gayanya, terpaksa le engko terus-terusan berdiri atas pentas bergerak PAS. Kempunan lagi le nak jadi YB!


No comments:

Post a Comment