Monday, February 18, 2013

PAS JOHOR SEMAKIN TERDESAK, SEMAKIN HILANG AKAL

  
PAS semakin terdesak dan semakin gila untuk cuba mendapatkan sokongan pengundi menjelang PRU 13 ini. Gambar di atas ialah tindakan sekumpulan askar upahan PAS yang mengadakan "Flash Mob" di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulaijaya.

Entah apa yang ada dalam pemikiran mereka apabila mereka sanggup mengganggu ketenangan kawasan riadah orang Kulaijaya yang mana kawasan tersebut biasanya lebih dipenuhi oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Namun begitu, mentaliti orang PAS, walau apapun yang mereka buat, mereka tetap walaupun sedikit akan cuba menyakau duit rakyat. Tong putih yang dibulatkan itu merupakan tong untuk menyakau duit rakyat. Permainan fitnah terus dimainkan oleh mereka tanpa rasa takut. Dengan membawa replika sebentuk cincin mutiara untuk menuduh isteri pemimpin negara. Dan anak kecil ditengah itu, dalam kesibukan anak-anak lain dengan buku dan pensil, dipergunakan oleh ahli PAS yang tak bertanggungjawab dan akan datang jadilah anak itu sebagai seorang lagi yang menyalahkan kerajaan kerana tak berjaya dalam hidup, terpaksa menjadi setinggan, marahkan harga kereta yang mahal dan sebagainya. Kalaupun terdesak sangat, tinggallah anak tu di rumah!


No comments:

Post a Comment