TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, March 31, 2013

CIKGU MALA BANGGA TAK SOKONG DAP

          
Tiang bendera kat atas ni bukannya sebarang tiang tau. Ini adalah tiang bendera kebanggaan Cikgu Mala kerana ianya di rumah ibubapanya (sini) di Felcra Gugusan Sekijang. Walaupun dalam Pakatan Rakyat, nampaknya Cikgu Mala dan keluarganya tak berminat nak menaikkan bendera DAP. Mungkin agaknya Cikgu Mala dan keluarganya dah nampak bagaimana perancangan DAP nak musnahkan kekuasaan orang Islam dan Melayu.
    
     
Aku harap, akan lebih ramai lagi pengikut PAS yang akan mengikut jejak langkah Cikgu Mala ni dengan menolak DAP. Dan untuk lebih cantik lagi, apa salahnya kalau bendera mata Dajjal tu juga dibuang sekali dan digantikan dengan bendera UMNO yang ada lambang keberanian dan kepahlawanan orang Melayu. Tak apalah kalau tak mahu letak sebelah menyebelah, letak le bendera PAS kat atas dan bendera UMNO kat bawah. Ataupun biar le bendera PAS besar dan bendera UMNO kecil. 
   
   
Rasanya molek bebeno kalau PAS dan UMNO ni bersatu. Kalau PAS dan UMNO nak runding, rasanya masih ada masa lagi sebab sebentar tadi aku tengok ke langit, bulan masih penuh dan terang. Itu maknanya lambat lagi le DS Najib nak bubar Parlimen kerana kabarnya Parlimen hanya akan dibubar ketika bukan gelap. Nak tau bila bulan gelap? ...pegi tengok kalender! Amacam???
   


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI