Parlimen dan DUN sudahpun dibubarkan. Namun begitu penamaan calon dan pencalonan untuk bertanding pada PRU13 nanti, belum lagi berlaku dipihak BN. Kalau nak ubah, masih lagi boleh berubah!
Protes seperti di atas telah lama dijangkakan akan berlaku di DUN Gambir. Sepertimana yang pernah aku tulis dalam artikel-artikel aku yang terdahulu, DUN Gambir ini sememangnya totok UMNO dari kalangan Jawa dan Melayu. Mereka sayang untuk meninggalkan UMNO, tetapi mereka juga dah meluat dengan sikap pimpinan UMNO yang menurut mereka langsung tidak mendengar. Ini adalah kehendak pengundi dan kehendak majoriti akar umbi. Mereka mahu diwakili oleh Melayu. Mereka mahu pimpinan UMNO bangun!
Pimpinan BN perlu mencaturkan semula calon BN DUN Gambir ini. Jawa dan Melayu UMNO DUN Gambir sudah 2 penggal menunjukkan kesayangan mereka pada parti. Bagi mereka, tak mungkin untuk 3 kali.
Eloklah pada kali ini MIC pula yang menunjukkan bahawa mereka juga sayang kepada ikatan BN. Mengundurlah demi kemenangan BN. MIC perlu berkorban atau kali ini MIC tak menang dan BN kekurangan keusi di DUN. Ini amat pasti! Laluan calon MIC untuk PRU13 bukan semudah dua PRU yang lalu. Apatah lagi kali ini PAS mempertaruhkan PJPAS Negeri Johor yang sememangnya cukup dikenali dikalangan pengundi Gambir.
Ingat... Melayu dan Jawa Gambir tak suka PAS tetapi mereka lebih tak suka jika mereka diwakili oleh calon bukan Melayu yang hanya mewakili 3 peratus penduduk Gambir. Gambir kini bukan lagi laluan selamat untuk calon bukan Melayu dari BN untuk bergelar YB!
Perkara ini mestilah dihalusi dan diambil tindakan oleh barisan pembuat keputusan BN Negeri Johor.
ReplyDelete