Wednesday, April 10, 2013

KIT SIANG KEMPEN GUNA NAMA DATUK ONN

    
Kit Siang semakin terdesak untuk mendapatkan undi Melayu di Gelang Patah dengan menggunakan nama pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar sebagai modal kempennya. Tindakan terdesak Kit Siang untuk mendapatkan sebanyak mana undi Melayu ini berkemungkinan dari perkhabaran yang semakin kuat bahawa Jason Teo dari MCA yang mempunyai reputasi dan hubungan yang sangat baik di kalangan pengundi Cina peringkat akar umbi akan menjadi calon BN pada PRU13 nanti.

Kit Siang telah cuba menyembunyikan sikap rasisnya yang sebenar yang ingin menyapu Melayu dengan menggambarkan perjuangannya seolah-olah sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Allahyarham Datuk Onn dan dalam masa yang sama menawarkan pengundi Gelang Patah, Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia.

Cisss... setelah berkira-kira bahawa walaupun pengundi Cina mewakili 55 peratus tetapi undi Cina yang bakal diperolehinya tak mencukupi untuknya memenangi kerusi Gelang Patah, Kit Siang cuba pulak nak menggula-gulakan pengundi Melayu.

Nasihat aku kepada pengundi Melayu Gelang Patah, kalau pengundi Cina yang 55 peratus itu pun pada bacaan dan perkiraan Kit Siang tidak akan menyokong dan tidak mampu memenangkannya, mengapa kamu Melayu perlu memberikan sokongan kepada DAP? 

Kalau pengundi Cina di Gelang Patah tidak mahu melihat pembangunan Iskandar Malaysia di Gelang Patah terencat dek diwakili DAP, apakah kamu Melayu mahu melihat pusat pentadbiran negeri dikuasai DAP? Dan akhir sekali, apakah kamu pengundi Melayu Gelang Patah akan terliur dengan tawaran Anwar bakal menjadi PM Malaysia??? ...fikir-fikirkanlah.


No comments:

Post a Comment