Thursday, April 4, 2013

MANA GHANI?

   
Mana bekas MB Johor (DUN dah bubar), Datuk Hj Ghani Othman? Apa citenya? Dah balik kampung dan sembunyi kat Sungai Mati ke? Dengar kabonya beliau tak muncul untuk mohon perkenan bubar DUN Johor dari DYMM Sultan Johor sebaliknya hanya Datuk SUKNJ dan Datuk Speaker aje yang pergi mengadap.

Kalau-kalau ini adalah petanda bahawa Ghani tak akan bertanding lagi pada PRU 13 ini, ia merupakan rahmat besar buat Barisan Nasional dan rakyat Johor. Aku rasa Kit Siang dan Din Pudupun tak tidur malam memikirkannya kerana pindah ke Johor pada waktu yang salah.

Kalau benarlah bekas YAB MB Johor, Datuk Ghani Othman tak bertanding lagi, terima kasih bebanyak le atas segala jasa-jasa dan pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan di Johor. Elok sangat le tu, nanti kalau bertanding lagi, orang dah tak ingat nak ucap terima kasih, sebaliknya banyak benda-benda yang tak berjawab yang akan ditimbulkan.

Semoga calon MB baru nanti, sesuai dengan slogan BN, JANJI DITUNAIKAN, boleh le berjanji (BN janji rakyat percaya sebab ditunaikan) bahawa mana-mana air tangan Ghani yang tak disukai dan tak diterima oleh rakyat Johor, dikaji atau dimansuhkan. Aku yakinlah.... Kit Siang dan Din Pudu tercarap!!! Kalau dah Kit Siang dan Din Pudu boleh kecundang, eloklah mana-mana calon PAS, PKR dan DAP yang berangan-angan nak jadi YB tu, fikir-fikirkan le semula hajat tu. jangan sampai hilang wang pertaruhan. Nanti nak ngetehpun malu.


No comments:

Post a Comment