Thursday, April 4, 2013

AWAS GELANG PATAH.... HANTU PENYAPU MERAYAU

     
Awas kepada para pengundi Gelang Patah. Diberitakan bahawa hantu penyapu kini sedang merayau tak kira siang atau malam. Kerjanya hanya menghasut. Jangan sampai termakan dek hasutannya. 

Mengikut cerita hasutannya, dia hanya ingin menyapu sampah dan kekotoran sahaja. Tetapi awas, hantu penyapu ini pernah juga berjanji sedemikian pada tahun 1969 dahulu. Akhirnya, apa yang jadi?

Rupanya penyapunya itu adalah untuk menyapu Melayu!!! Bahayanya hantu penyapu ini ialah bila dia nak sapu Melayu, bukan sahaja Melayu yang terlibat. Elok-elok Melayu dan Cina boleh ngeteh bersama, huru-hara dan syak wasangka yang berlaku sebagaimana peristiwa 13 Mei 1969 hingga mencetuskan rusuhan perkauman.
    
    
Maka untuk mengelakkan peristiwa pahit dahulu itu, marilah kita semua rakyat Malaysia, tak kira Melayu atau Cina atau apa jua bangsanya, sama-samalah kita lenyapkan hantu penyapu ini dari Gelang Patah dan juga Johor. Caranya.... UNDI CALON BN PADA PRU 13 nanti.


No comments:

Post a Comment