Thursday, April 4, 2013

ORANG FELDA TAK MAHU BERUBAH

    
Lesu aje Mazlan Aliman masa berucap kat Dataran Pasar Malam Felda Bukit Besar malam tadi. Bila parlimen dah bubar ni, dia dah macam hilang semangat pulak gayanya. Apa tidaknya, yang dibawak sebagai tetamu istimewa, bukannya calang-calang orang, Datuk Hj Fauzi Shaari, bekas pegawai tinggi PDRM. Tapi yang datang... alamak, budak tadikapun boleh kira! Itu dah termasuk dengan yang datang entah dari pelosok mana sebab banyak kereta yang aku tak pernah nampak kat area DUN Pasir Raja ni.

Seronoknya Mazlan ada terlepas cakap malam tadi. Kononnya nak menunjukkan betapa bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong mereka, Mazlan tersebut bahawa sekiranya Pakatan menang PRU 13 nanti, ada tempat istimewa untuk Fauzi Shaari. Hahaha... kantul, rupanya pegawai-pegawai pencen ni dah dijanjikan tempat sebelum masuk PAS dan Pakatan. Perjuangan apa yang mereka perjuangkan tu? Hehehe... fikir le sendiri!

Mazlan tak banyak dah bercerita fasal Felda. Cuma bakal calon PAS Parlimen Tenggara, Nazari Mokhtar, askar pencen aje yang banyak cerita fasal Felda. Bagusnya dia tibai Felda Plantation. Kononnya Felda Plantation buat kerja tak bagus hingga menyebabkan pendapatan warga peneroka tak sebanyak kebun Cina yang kat kampung. 

Agaknya dia tak tahu bahawa Mazlan dulu pernah nak buat sendiri kebun arwah bapak dia. Tapi kemudiannya gagal dan dia serah balik suruh Felda Plantation uruskan. Maka kalau difikirkan balik, kira-kiranya Felda Plantation lebih cekap mengurus kebun berbanding dengan Mazlan Aliman. Patut le warga Felda tak nak berubah. Masih nak bersama dengan Felda dan terus menyokong kerajaan BN.

Aku rasa le, lain kali tak payah le nak melalak lagi kat Felda ni. Orang Felda dah memang tak nak dengan PAS dan ANAK. Buat apa nak bising-bising sampai tengah malam sampai mengganggu anak-anak nak tidur sebab nak pergi sekolah esok? Kalau setakat tujuh lapan orang aje penduduk kampung tu yang datang, lebih baik ko ajak dia orang ngeteh, lagi baik, tak kacau orang lain.
    



No comments:

Post a Comment