TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 23, 2013

BILAKAH KITA AKAN ADA KEBANGGAAN BEGINI

Institusi Raja di England hanyalah bersifat "ceremonial". Namun begitu, sikap rakyatnya terhadap institusi Raja sangat mengkagumkan. Mereka sangat mengidolakan Raja mereka. Raja yang melambangkan daulatnya negara dan ketuanan bangsa Inggeris mereka.

Berkongsi ketaksuban rakyat England yang sanggup berkampung samada di halaman istana mahupun di perkarangan hospital untuk menunggu kelahiran pewaris takhta England sangat mengujakan. Berbeza sikap mereka dengan rakyat kita terhadap institusi Raja. Walaupun England telah lebih lama maju, namun sayang dan hormat mereka terhadap institusi Raja mereka jauh berbanding dengan sikap rakyat kita yang baru sahaja nak mengecap kemajuan dan baru sahaja kenal erti kesenangan. Pedih rasanya bila akhir-akhir ini terlalu banyak rakyat yang memperlekeh institusi Raja Melayu yang melambangkan daulatnya bumi Tanah Melayu dan ketuanan Melayu. 

Bila agaknya kalaupun bukan "bangsa Malaysia", tetapi bangsa Melayu akan berbangga dan mengidolakan Raja-Raja Melayu di Malaysia ini? Jom sama-sama kita tatap gambar-gambar keterujaan rakyat England menyambut kelahiran pewaris takhta mereka.
       


3 comments:

Anonymous said...

Salah UMNO baru jugak semasa Mamakutty memerintah yang menghina Raja-raja dengan sesuka hati Dan memaksa pinda an kepada undang-undang.

Lupa ke?

Daulat Tuanku!

Anonymous said...

Ntah

Anonymous said...

mamakkuti tu siapa?
Nuar ibrahim ka?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI