Berani Hijrah... sedap bunyi ayat kat poster calon BN N20 PRK DUN Sg Limau ni. Tapi berani yang macam mana?
Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini masih lagi "Wasattiyah Tonggak Kesatuan Ummah". Dalam berkempen mengajak pengundi agar berani berhijrah, dalam keadaan peratus pengundi adalah didominasi oleh pengundi Melayu dan Islam, apakah BN sendiri berani berhijrah? Apakah slogan berani hijrah itu dapat dijelmakan oleh BN?
Berbalik semula kepada tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini "Wasattiyah Tonggak Kesatuan Ummah", agak sukar rasanya untuk BN memenangi kerusi N20 Sungai Limau. Apa tidaknya, bukan sahaja di Sungai Limau, malah dibeberapa PRK dan PRU yang lepas, "wasattiyah" yang dilaungkan oleh BN hanya untuk orang Melayu dan Islam sahaja. Berwasattiyahkan BN terhadap kaum Cina? Apa diminta semua diberi, apa dihulur, semua dilayan, yang tak dimintapun dijanjikan!!!
Kalaupun ada yang mengatakan berlebihan dengan kaum Cina itu hingga mendatangkan kemarahan pengundi Melayu hanyalah pada persepsi sahaja dan kerajaan telahpun memberikan lebih kepada pengundi Melayu berbanding pengundi Cina, namun rasanya dalam melaksanakan kempen politik, BN telah gagal untuk mengamalkan wasattiyah yang dipercayai mampu menjadi tonggak kesatuan ummah itu. Pengundi tolak BN bukan kerana BN tidak baik, tetapi pengundi tolak BN kerana gagalnya mengamalkan wasattiyah itu. SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.
Tulisan penulis ni seolah-olah menjatuhkan Melayu sambil mengagungkan Cina.
ReplyDeleteSebenarnya Cina2 ni TERLAMPAU bertuah tinggal di negara Malaysia ni. Mereka dapat menyimpan nama cina mereka (dibandingkan dengan cina2 di Thailand dan Indonesia, mereka tak dapat simpan nama cina mereka). Mereka dibenarkan berdemonstrasi untuk menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan (tengoklah di China mereka boleh berbuat begini ke tidak, alamatnya ditembak oleh macai2 kerajaan China).
Sebenarnya dah mcm2 kami beri dan gadai kepada bangsa cina. Tanah. Kekuasaan ekonomi. Penang. Masih tak cukup lagi? APA LAGI CINA MAHU?