Saturday, November 2, 2013

HADI AWANG MEMANG POWER

         
Korang kutuk Hadi Awang semai benih padi cap Dacing ketika air dalam. Korang kutuk kononnya Hadi Awang tak pandai buat kerja bendang. Korang apa tau???      
           
   
Hadi Awang menyemai benih padi cap Dacing ketika air dalam bukannya dibuat sembarangan. Ianya dibuat setelah puashati dengan keadaan benih padi tersebut dan setelah diyakinkan oleh si Mazlan Aliman yang telah membuat pemeriksaan dan penelitian ke atas benih padi cap Dacing tu. Oiii bukan buat penyemaian sembarangan tau.

Hanya setelah diyakinkan oleh si Mazlan Aliman bahawa sekiranya benih padi cap Dacing itu disemai ketika air dalam, barulah Hadi Awang lakukan. Mazlan Aliman berjaya yakinkan bahawa kalau semai benih padi cap Dacing ketika air dalam, benih padi itu akan bertukar jadi benih ikan patin sungai yang Hadi suka pancing tu.

Hahaha... selepas ni kalau pengundi Sungai Limau pilih calon PAS, berkat Hadi Awang semai benih padi cap Dacing, puas le mereka makan patin sungai. Makin senang le nanti orang Sungai Limau, maklum le ikan patin sungai sekarang ni semakin mahal harganya.
          



No comments:

Post a Comment