Sunday, November 17, 2013

HIDUP SUSAH MATIPUN SUSAH

       
Korang tau tak apa yang diselubung oleh plastik hitam tu? Inilah hakikat sebenarnya yang berlaku di Norway, nesan di tanah perkuburan telah diselubung dengan plastik hitam dan disertakan dengan notis tuntutan agar sewa dibayar atau berdepan dengan tindakan batu nesan tersebut akan dicabut dan dimusnahkan. (SINI)
       
            
Beruntungnya kita di Malaysia ini, rasanya keadaan sebegini tak akan berlaku lebih-lebih lagi terhadap tanah perkuburan Islam. Bagi mengelakkan keadaan sebegini berlaku, eloklah kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa lesen untuk menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai satu bentuk perniagaan sebagaimana telah wujudnya beberapa tanah perkuburan bagi penganut agama lain. Emmm... hidup susah, matipun susah.


No comments:

Post a Comment