Friday, November 15, 2013

YOO...ANAK-ANAK DAH CUTI SEKOLAH

           
Emmm...cuti sekolah dah mula. Bebudak merdeka sekejap. Kalau zaman aku kecik dulu, mak bapak risau dengan sungai, lebih-lebih lagi kalau hujung tahun ni kerap hujan, air sungai penuh dan itulah tempat paling seronok untuk habiskan masa cuti sekolah.

Itu dulu, sekarang zaman dah berubah. Budak dulu kalau mandi bogel macam kat atas tu, tak ada yang stim. Sekarang jangan, kena pantau aktiviti anak-anak. Silap-silap ada yang kena liwat nanti. Zaman sekarang cabaran semakin hebat. Bukan kata di luar rumah, dalam rumah juga kena pantau aktiviti anak-anak. Sesekali sergah dari belakang bila anak belek telefon ataupun mengadap komputer tu. Cabaran zaman IT ni lebih merisaukan.

Berbalik kepada cerita main sungai dulu-dulu, kalau ada mak bapak atau tok nenek yang teringat kemeriahan cuti sekolah mereka bermain sungai dahulu, janganlah pulak nak tunjuk aktiviti berfaedah kat anak cucu, diajak pulak mereka menyemai padi kat sungai. Bukan kata tak tumbuh padi tu oiii....hanyut!!!
          


No comments:

Post a Comment