Sunday, October 11, 2015

PAN.....AMANAH LE SANGAT

Akhir-akhir ni seronok pulak tengok telatah pemimpin PAN...Parti Hebat betul pemimpin-pemimpin PAN (Parti Amanah Negara) yang baru ni. Bukan setakat amanah aje, tapi perihatin lagi gitu.  


Bukan main lagi para pemimpin PAN Johor mempertikaikan tentang projek sekolah agama SAKNJ yang kononnya perlahanan. Perlahan pun perlahan le, janji ada!!!....cuba tanya Mat Sabu, kat negeri dia ada berapa biji sekolah agama?

PAN Johor sibuk bising ni, mereka tahu ke macam mana usaha kerajaan BN Johor yang mengamanahkan KPRJ untuk meneruskan projek SAKNJ yang suatu ketika dulu dijalankan oleh sebuah syarikat swasta? Kalaulah kerajaan BN Johor tak serius dalam menangani isu projek SAKNJ ini, kerajaan tidak akan melantik sebuah GLC seperti KPRJ untuk meneruskan projek yang lambat tersebut.

Namun biasalah, dalam proses pengambilalihan itu, tentu ada proses-proses yang perlu dilalui antara kedua pihak sebelum ianya dapat berjalan dengan lancarnya.

KPRJ menerima tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan BN Johor. Maknanya kerajaan BN Johor yakin dengan AMANAHnya pengurusan KPRJ untuk melaksanakan.

Apakah dengan teguran tersebut PAN Johor mintak kerajaan Johor mengAMANAHkan projek tersebut kepada suku sakat mereka? Kalau ikut kata satu posting di FB ni, macam amanah le sangat PAN ni....hahaha.


Kenapa dengan kenyataan posting di FB tersebut?....rupanya PAN yang kebanyakkannya bekas ahli PAS sedang sibuk berebut harta. Tak tau le, harta tu kategorinya harta sepencarian ke atau harta wakaf?

Kalau yang direbut tu, kenderaan ke, rumah sewa ke, kira ok juga. Tapi kalau tengok gambar yang diambil dari FB YDP PAS Tenggara ni, nampaknya apa yang direbutkan itu ialah Tadika PASTI....tempat bebudak baru nak kenal huruf!!!


Kalau Tadika PASTI pun PAN tak dapat nak pertahan dan bersatu dengan rakan lama mereka dalam PAS, tak payah le nak tunjuk perihatin sangat dengan SAKNJ yang dah sekian lama terbela dengan baiknya di bawah kerajaan BN Johor. Tak payah le nak berpura-pura perihatin untuk menagih simpati dari pengundi. Dan pastinya, dengan GLC seperti KPRJ yang meneruskan projek SAKNJ ini, tentunya hasilnya akan terlebih baik lagi.

Eloklah para pemimpin PAN Johor bermuhasabah diri. Sebelum sibuk mencari kesalahan dan kekurangan terhadap usaha kerajaan, tanyalah diri sendiri, apa sumbangan dan usaha anda....cukupkah sekadar melalak?...cukupkah sekadar berebut harta sewaktu bersama dengan PAS dahulu? Tanyalah diri, kenapa terdapatnya poster sebegini di beberapa tempat di Johor?


Kabonya orang PAS juga menuntut harta sepencarian dari kemenangan YB PAN ni di Johor kerana masa kempen PRU yang lepas, PAN belum ada untuk memenangkan mereka. Kalau betullah mereka melaungkan AMANAH, mereka bukan sahaja patut berkongsi gaji dan peruntukan YB mereka dengan PAS, tetapi patutnya mereka mengosongkan kerusi yang mereka menangi!!!....hehehe, Mat Sabu sengeh aje.

No comments:

Post a Comment