Simpati juga kepada Pengerusi DAP Johor ni.....tetiba aje tak boleh senyum. Walhal tahun 2016 ni adalah tahun untuk dia tersenyum sebabnya awal-awal lagi dah dapat bawak Kit Siang ke Kluang dan dalam masa yang sama dapat mengolokkan PAS dengan bawak sekali Husam Musa dalam majlis dia.
Kalau dah tahun untuk senyum, lebih-lebih lagi dengan khabar yang Chin Tong ni bakal menjadi sebahagian dari Dinasti Lim untuk menduduki kerusi SU Agong DAP, maka kenapa pulak tak boleh senyum. Adakah benar kerana tetiba sahaja dia dapat penyakit atau ada penyebab kenapa dia dapat sakit?
Adakah poster di atas penyebab Chin Tong sakit? Ini kerana poster di atas dilihat di banyak kawasan di Kluang beberapa hari sebelum kehadiran Kit Siang. Tak mudah nak jadi sebahagian dari Dinasti Lim. Ada banyak bomoh yang nak kena tempuh. Ada banyak halangan. Mungkinkah ini penyebab Chin Tong stress hingga beliau terkena penyakit?
Khabarnya Kit Siang agak marah dan tidak gembira dengan Chin Tong kerana kehadirannya ke Kluang disambut dengan poster sebegitu rupa.
Kiranya Chin Tong stress dan dapat sakit hanya kerana poster sedemikian, ini merupakan satu alasan kuat bagi team Dr Boo untuk kembali menerajui Johor dengan alasan Chin Tong bukanlah pemimpin berdaya tahan tinggi dan ini merupakan alasan terbaik untuk kempen menolak Chin Tong di Johor, malah merupakan kerugian juga kepada pengundi Kluang yang memilih seorang pemimpin yang cepat stress bila bermasalah.
Atau ini cuma wayang Chin Tong, setelah melihat penolakan yang hebat terhadap Dinasti Lim di kawasannya sendiri untuk mendapat simpati agar pemilihan CWC DAP yang sepatutnya di akhir Januari ini ditangguhkan lagi untuk memulihkan sokongan dengan mengambil kesempatan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ada banyak kemungkinan. Apa yang jelas, team Dr Boo mungkin sekarang sedang tersenyum. Ahli DAP yang anti Dinasti Lim juga sedang tersenyum.
Akhirnya, mungkin ini juga peringatan kepada pemimpin DAP yang lain agar jangan mengolokkan PAS dalam berpolitik. Mungkin Chin Tong menang dengan berjaya memujuk Husam untuk hadir dan berucap dalam majlisnya, tetapi apa maknanya itu semua sekiranya kurang dari 2 minggu sahaja dari kemenangan tersebut dah tak boleh senyum?
......emmm orang PAS ada yang main bomoh tak???
Gila la ching tong tak lh senyum lak..mak aii wayang strategis DAP Johor makin hebat demi selamatkan Dynasty Lim ni
ReplyDeleteCuba bayabgkan si chink tong ni makan buah epal merah.....kan macam kepala babi tengah2 meja makan restoran cina.
ReplyDelete