TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Showing posts with label hari bapa. Show all posts
Showing posts with label hari bapa. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

BAPAK CAKAP, JANGAN LAWAN GOMEN

Kepada semua yang bergelar bapa, tidak kiralah apa panggilannya, samada ayah, abah, papa, daddy, wak, bapak, walid, bak, pa, dan berbagai lagi, SELAMAT HARI BAPA untuk semua. Hanya baru-baru ini sahaja Hari Bapa diwar-warkan yang menunjukkan peranan bapa sekarang adalah semakin besar dan mencabar seiring dengan peranan ibu dalam mendidik anak-anak sebagai persediaan untuk generasi akan datang.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta golongan bapa supaya membimbing anak-anak mereka supaya menjadi rakyat Malaysia yang terbaik dan melalui  laman facebooknya, beliau mengajak golongan bapa merenungkan transformasi peranan bapa dalam keluarga sempena Hari Bapa ini.

Kepada bapa-bapa yang berniat untuk turut serta dalam perhimpunan BERSIH 2.0 nanti, masa nak tidur nanti, cuba bayangkan andainya pada hari itu anda tertangkap kerana merusuh dek tak tertahan emosi amarah kerana provokasi yang berlaku pada hari itu.

Bayangkan anak anda tertidur di jendela pintu menunggu kepulangan anda. Bayangkan sorakan riang anak anda tatkala menerima kepulangan anda setiap hari walaupun yang anda bawa hanyalah muka kepenatan setelah seharian bekerja.

Ataupun anda memang tidak punya keluarga dan anak-anak yang saling sayang menyayangi???

Aku masih ada abah. SELAMAT HARI BAPA Abah. Abah aku pesan, “nasib baik Melayu dan UMNO yang perintah kita, dulu ko sekolah duduk asrama abah tak keluo duitpun. Cuma keluo belanja nak jengok ko aje. Adik-adik ko pun sama. Dah senang, jangan lawan gomen, tak suka bagi tau...macam mana Abah kalo tak berkenan dengan perangai ko, ada Abah libas ko, tak ada...Abah cakap elok-elok...ingat pesan Abah, jangan lupa asal usul. Dulu borang-borang sokongan ko dan adik-adik ko, sapa yang sain?, sapa yang sokong?, semua Long Ajis ko, Ketua UMNO tu yang sain”. Terima kasih Abah atas peringatan tu.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI