TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 21, 2020

PRU 15 - UMNO BOLEH MENANG?

UMNO boleh menang PRU15? ....boleh. UMNO boleh menang PRU 15 nanti kalau:

Kalau mana-mana pemimpin yang sudah kalah ataupun lengit semasa PRU14 yang lepas, duduk diam-diam. Tak perlu lagi untuk tonjolkan diri. Mereka yang sudah kalah ini sepatutnya pada ketika ini membentuk, melatih dan bantu menonjolkan muka baru yang bakal bertanding.

Pemimpin yang sudah kalah ini patut sedar, walaupun mereka ada jawatan dalam UMNO, mereka kena ingat bahawa ketika pilihanraya, yang memilih bukan semuanya orang UMNO. 

Maka untuk berhadapan dengan PRU15 nanti, UMNO patutnya sudah bersedia untuk menampilkan muka-muka baru dan sepatutnya pada ketika ini telah ada bayang-bayang kepada pengundi bahawa inilah bakal calon BN untuk PRU15 nanti.

Kepada pemimpin yang telah kalah, terimalah hakikat bahawa masa kamu telah berlalu. Sesetengah dari kamu bukannya tidak baik sewaktu memegang jawatan dulu, tetapi mungkin kalah kerana gagal menangani persepsi.

Orang Melayu ni unik. Tak suka mereka tak tunjuk depan-depan. Oleh sebab undi itu sulit dan rahsia, maka walaupun ketika kamu bekas-bekas pemimpin datang dilayan oleh mereka, tetapi mereka zahirkan tak suka mereka itu pada kertas undi.

Oleh itu, parti UMNO tak perlulah nak bagi lagi peluang kepada yang dah kalah itu. Tak kiralah samada mereka tu berjawatan dalam peringkat UMNO Bahagian, Negeri mahupun Pusat. 

Sunday, July 12, 2020

NI BUKANNYA GENG PENCEN


BERSATU Pasir Gudang dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagiannya, Ir Mohd Khairulfadhlan Mohd Dzurri di Sri Alam semalam yang turut disertai oleh 16 ahli jawatankuasanya telah menyatakan sokogan sepenuhnya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga selaku Presiden serta Pemangku Pengerusi BERSATU.

Mohd Khairulfadhlan juga memberitahu bahawa masalah nelayan di kampung Kuala Masai juga akan diselesaikan tidak lama lagi selepas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Seri Ronald Kiandee bersetuju memberi peruntukan membina jeti baharu melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Wowww....ni bukannya geng biasa-biasa. Masalah jeti nelayan Kuala Masai ni bukannya masalah baru, tapi geng ni dapat selesaikan.  Sah...kalau tengok dari muka-muka jawatankuasa BERSATU Pasir Gudang ni, semuanya bukanlah geng pencen, nampak muda dan bersemangat tinggi. 

BERSATU Pasir Gudang pastinya membawa satu keyakinan baru kepada para pengundi dengan barisan orang-orang muda yang menerajui parti. PRU 15 nanti, eloklah Khaled Nordin undur diri dari Pasir Gudang, beri peluang orang muda pula. Jangan nanti malu sekali lagi bila orang pencen kalah kepada orang muda. 

Thursday, July 9, 2020

UMNO TAK LAKU - JUAL, JANGAN TAK JUAL

Kecoh bila Dr Latiff Ahmad kata UMNO sudah tak laku. Dr Latiff ni dulunya menang bertanding sebagai MP Mersing atas tiket UMNO/BN. Bila BN kalah PRU 14, dia jadi katak.


Ramai yang menjerit suruh Dr Latiff letak jawatan menteri dalam kerajaan PN, termasuklah Pemuda UMNO Malaysia. 


Patut ke Pemuda UMNO desak Dr Latiff letak jawatan? Mungkin betul apa yang diperkatakan ramai, Pemuda UMNO kini dah tak punya umphhh. Sepatutnya Pemuda UMNO lebih garang lagi. Pedulikan sahaja Latiff yang dah jadi katak tu. Pemuda yang garang, bila sudah dilabel tidak laku, sepatutnya menjual semula agar UMNO dilihat masih bernilai dan laku keras.

Bagaimana ingin menjual? Pemuda UMNO tak perlu desak Latiff Ahmad letak jawatan. Apa yang sepatutnya ialah mereka mendesak MP-MP UMNO yang membantu membentuk kerajaan PN meletak jawatan dan menarik semula sokongan dan kerjasama mereka bersama kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin. Kemudian, baru la kita lihat, samada UMNO ini laku atau tidak. ........ataupun Latiff Ahmad ini sendiri yang tidak laku di mata Tan Sri Muhyiddin selaku peneraju kerajaan PN. Amacam.... ada berani? 



Wednesday, April 25, 2018

PANGKAH LOGO PKR BUKAN UNTUK NUAR ATAU MADEY

Cuma ingin mengingatkan... kepada orang-orang Melayu yang begitu taksub kononnya ingin menggantikan kerajaan BN yang dominan Melayu dengan memangkah logo PKR, anda mungkin akan melakukan kesilapan besar dalam menentukan halatuju politik negara.

Cuba lihat kepada gambar-gambar di bawah ini. Ini sebahagian dari kempen yang dijalankan oleh calon DAP, dan anda nilaikan sendiri.




Maka adakah anda yakin setiap undi yang anda berikan kepada logo PKR itu adalah untuk perjuangan Nuar atau Tun Mahathir?

Tentunya tidak....setiap undi untuk logo PKR itu adalah undi untuk DAP. Itulah yang dijelas dan diyakinkan oleh calon DAP kepada para penyokong dan pengundi. 

Kalau placard undi PKR = DAP sudah diusung ke hulu ke hilir oleh calon DAP sendiri, maka usahlah berangan sekiranya Pakatan memenangi PRU kali ini, Anwar Ibrahim mahupun Tun Mahathir menjadi tonggak dalam Pakatan tersebut. Memilih dan memangkah logo PKR membawa makna anda memilih dan mengundi DAP.

Apabila sudah menang, anda mahu harapkan suara dari calon-calon selain DAP dalam Pakatan untuk membela anda. Jangan anda harap....ini kerana Melayu lain yang bertanding dalam Pakatan itu semuanya pelarian politik, samada dari UMNO ataupun PAS yang memasuki politik semata-mata untuk kepentingan diri.

Isyarat sudah jelas, tepuk dada, tanya selera. Sekali silap, banyak yang anda pertaruhkan. 


ARTIKEL HANGAT BULAN INI