TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, January 16, 2012

ARCA HANG TUAH BAKAL DILELONG

Kepada sesiapa yang belum pernah atau teringin mengabadikan gambar bersama Arca Hang Tuah di Muzium Negara, maka dinasihatkan agar segera berbuat demikian.


Ini kerana menurut Prof Khoo Kay Kim, Puteri Hang Li Po dan lima pahlawan Melayu Melaka terbilang iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang KasturiHang Lekir dan Hang Lekiu tidak pernah wujud. Kenyataan beliau bersandarkan kepada rekod-rekod kerajaan Dinasti Ming yang tidak ada mencatatkan perihal individu yang tersebut.


Maka mungkinkah akan kedengaran juga selepas ini bahawa ungkapan "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" juga adalah dongeng seloka untuk penglipur lara. Ungkapan yang seakan keramat bagi umat Melayu tersebut bila dihilangkan akan lebih mudahlah untuk yang bukan Melayu menyekel kepala Melayu.

Sekiranya benar sebagaimana yang didakwa oleh Khoo, maka Muzium Negara akan terpaksa mengeluarkan segala-galanya mengenai Kerajaan Melayu Melaka dan terpaksa diselarikan dengan apa yang tercatat di Negeri China.

Maka tercatat sejarah baru, di abad ke 21, "Hang Tuah Hilang Di Dunia". Yang tinggal cuma terdapat beberapa kerat "Hang Jebat yang derhaka" yang liat untuk dipupuskan dan cerita penglipur lara "Hang Ji Jah" yang setia.


7 comments:

Anonymous said...

oh.. pada saya ia bukan bermakna ungkapan tersebut tidak wujud hang tuah itu tidak ada. cuma jika benar bagai dikata "siapa" sebenarnya hang tuah dan "siapa" yang menyebut ungkapan keramat tu :)

bak kata pepatah kalau tiada angin masakan poko boleh bergoyang kan ?

HHalem said...

Payah ni..

Hanya berdasarkan rekod Ming Dynasty..xda kalau maka xda dlm sejarah..maka ia adalah dogeng..

Banyak lagi benda2 yg xda dlm rekod Ming Dinasty..maka semua perlu dihapuskan..semua dogeng..kacau ni..

Adakah rekod sejarah kita akan berkiblatkan 100% pada Ming..

Reference point kita adalah Ming..kiblatkan China..kacau sudah mari Tuan..

Selepas ni. apa2 yg Ah Ming kata..kita mesti ikut.

On the lighter note, Tuan..
Ini semua kerja2 org China unt menghapuskan idenditi Melayu, Tuan..

Seriously..Kuboq Lekiaq..Kuboq Lekiu..yg ada skarang ni sapa punya..Kena tukaq nama ke nama sapa.

22 biji telaga Hang Tuah kena tukaq pi ke nama sapa..

Sekali ni komen panjang sikit, Tuan:-)

Anonymous said...

kita tak boleh menggunakan alasan tiada rekod dari kerajaan Ming maka semua nama nama yang tercatat dalam sejarah melayu seperti Hang Li Po dan Hang Tuah tidak ujud. Nama itu mungkin ujud dalam rekod Ming tetapi apabila berganti dinasti semua rekod-rekod telah dimusnahkan dan dilupuskan oleh dinasti baru (ching). Lagi pun Hang Tuah bukanlah sultan yang perlu dicatatkan namanya dalam rekod cina sebab itu ia tiada dalam rekod. Walau bagaimanapun, Melaka telah mempunyai rekod sejarah seperti cerita sejarah lisan atau buku sejarah melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang yang mencatatkan nama-nama seperti Hang Li Po, Hang Tuah dan yang lain-lain walaupun bukan pada zamannya. Saya percaya Hang Tuah dan lima bersaudara mereka tetap ujud dan mereka adalah kelompok masyarakat orang laut yang tinggal di persisiran pantai atau kuala sungai sebelum dilantik menjadi pengawal raja. Bapa mereka adalah berbangsa Cina suku Han dan ibunya mungkin berbangsa melayu. Justeru nama depan mereka menggunakan nama HAN TUAH bukan Hang Tuah seperti ditulis oleh Tun Seri Lanang. Pada masa itu Han Tuah cuma tahu berkutau saja yang dipelajari dari ayahnya bukan bersilat. Selepas itu barulan HAN TUAH menuntut ilmu persilatan pengaruh dari orang Majapahit

TENGGARAisSOUTHEAST said...

Kawan-kawan semua,
Pada pendapat saya, hang Tuah bersaudar memang wujud, dan Hang Li Po juga wujud. Ia tak tercatat dalam sejarah Dinasti Ming kerana mereka malu terpaksa tunduk kepada orang Melayu dan terpaksa menyerahkan Hang Li Po hanya untuk dijadikan gundek.

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Sudir said...

TiS, Hang Ni Pandai Jer...

Anonymous said...

bodoh punya CINA,pergilah ke Jakarta dan Palembang,bagaimana bolih ada jalanraya di beri nama Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI