TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 19, 2011

KENAPA JABATAN AGAMA SIBUK BULAN RAMADAN SAHAJA

Lupakan sekejap perihal politik, kita bercerita tentang Jabatan Agama Islam. Yang nak disentuh ni tidak terhad kepada mana-mana negeri di Malaysia tetapi menyeluruh tanpa mengira ianya diperintah BN, PAS ataupun Pakatan Rakyat.

Setiap tahun, apabila memasuki bulan Ramadan, ia seakan satu bulan yang begitu sibuk sekali bagi petugas Jabatan Agama Islam. Penguatkuasaan larangan makan di tempat awam begitu hebat sekali. Selaku orang yang kurang arif tentang agama, banyak sekali pertanyaan yang timbul dalam benak fikiran ini. Ini kerana kesalahan makan di bulan puasa seolah-olah melebihi mungkarnya dari lain-lain kesalahan syarie.

Ada kes pesalah dibawa dengan van jenazah.
 Yang menjadi persoalannya ialah penguatkuasaan. Terkadang para penguatkuasa Jabatan Agama Islam dilabel sebagai suka mencari kesalahan orang lain. Masakan tidak, sesetengah kes yang ditangkap bukannya melibatkan orang tersebut makan dikhalayak. Sesetengah kes, orang yang ditangkap telah sedaya upaya menghindarkan diri dari pandangan khalayak ramai untuk makan, telah cuba berselindung di sebalik tempat yang tertutup untuk makan, tetapi tempat-tempat yang tersembunyilah yang sangat disukai oleh para penguatkuasa. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan pelaku kesalahan tidak berpuasa dan memaksa mereka makan walaupun bersembunyi. Kita tidak mempersoalkan sekiranya yang ditangkap makan secara terang-terangan atau berjalan sambil merokok. 

Keikhlasan pihak berkuasa agama ini dipersoalkan kerana mengapa kesalahan yang tersembunyi yang suka dicari. Bagaimana pula ketika berlangsungnya sembahyang Jumaat, masih ramai yang berkeliaran di sekitar kedai makan dan pusat beli belah. Mengapa mereka tidak ditangkap? 

Bagaimana pula dengan pusat-pusat pelacuran yang sememangnya telah terkenal? Mengapa tidak meletakkan penguatkuasa setiap hari di kawasan pelacuran. Sekiranya diintip, setiap hari pasti ada tangkapan terhadap orang Islam yang mengunjunginya. Mengapa tidak dijalankan penguatkuasaan setiap hari terhadap pelacur dan pondan yang boleh dikatakan berada di setiap bandar di Malaysia ini yang secara terang-terangan menjual seks?

Mengapa dalam lain-lain kes, Jabatan Agama menunggu laporan awam, tetapi dalam kes makan di siang hari dalam bulan Ramadan, Jabatan Agama tidak menunggu laporan awam tetapi dengan sendirinya berkeliaran mencari mangsa?  Mungkin Jabatan Agama suka melihat orang Islam lari lintang pukang tanpa sempat membasuh tangan dan kemudian ditonton oleh penganut agama lain?
Komen pembaca sangatlah dialu-alukan.


1 comment:

Anonymous said...

Memang betul. Jabatan Agama Islam mana mana negeri sama saja. Sama ada kerajaan Pas atau Umno. Bila tibanya bulan Ramadhan, kerja mereka tangkap orang tk puasa saja, tetapi orang yg tk sembahyang jumaat bagai mana, soalan saya dari Pendang Kedah, adakah Hukum Islam tk sama, Puasa lain, Sembahyang Jumaat lain pulak. Jabatan Agama disetiap negeri, tlg bekerja dengan jujur serta amanah, bukan saja kepada umat islam tetapi hendaklah bersikap amanah sebagai hamba ALLAH.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI