TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 19, 2011

BLOGGER BN BUTA SEJARAH? HADI AWANG BUAT PERJANJIAN FULUS BUKAN FUDUL


PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan pemblog Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga. (TMI)


Sedap mulut aje Hadi Awang mengatakan blogger BN buta sejarah. Sebenarnya Hadi sendiri yang buta hati. Nabi S.A.W. menyertai Perjanjian Fudul yang berlaku dalam bulan Zulkaedah selepas dari peperangan Al-Fujjar kerana menyertai orang-orang yang dianiayai. Walaupun pada ketika itu, yang menyertai perjanjian tersebut tidak semuanya beragama Islam, tetapi mereka adalah terdiri dari kabilah-kabilah Arab dari keturunan Quraish. 

Perkara pertama di sini ialah, mereka bersekutu kerana ditindas dan dianiayai. Di Malaysia ini, siapa yang tertindas, siapa yang dianiaya? Orang yang senteng akal sahaja yang merasa tertindas dan dianiayai. Semua rakyat Malaysia bebas berbuat apa sahaja selagi ianya mematuhi undang-undang yang ada. Yang jelas menganiaya rakyat sekarang di Malaysia ini ialah PAS. PAS aniaya rakyat dengan pembohongan demi pembohongan dan janji demi janji walaupun tahu ianya tak mungkin tercapai. Menjanjikan syurga kepada penyokong PAS merupakan satu penganiayaan besar. Bukan PAS yang boleh menjanjikan syurga. Kalau syurga kat Bukit Bintang tu boleh la.

Perkara kedua ialah orang yang PAS ambil untuk bersekutu ialah orang yang menindas Islam. Ambiga adalah seorang penindas dan penganiaya Islam. Tak perlu dihuraikan di sini kerana telah banyak rencana mengenainya samada di media cetak atau di ruang siber ini.

Perkara ketiga, dalam Perjanjian Fudul, yang terlibat adalah dari satu kaum sahaja iaitu kaum Quraish. Sangat jelas bahawa perjanjian ini adalah demi maruah bangsa. Hadi Awang buat perjanjian dengan Hindu, dengan Komunis bukan dengan Melayu. Perjanjian Fudul kalau ditafsirkan pada suasana hari ini ialah perjanjian antara orang Jawa, Banjar, Bugis, Mendailing dan lain-lain lagi yang serumpun Melayu. Perjanjian Fudul adalah perjanjian untuk menyelamatkan maruah kaum Quraish tetapi perjanjian Hadi Awang adalah untuk menghancurkan maruah bangsa Melayu. Mana ada sama? 

Apa yang jelas ialah Nabi S.A.W menyertai Perjanjian Fudul tetapi Hadi Awang menyertai PERJANJIAN FULUS. Sayang betul Hadi Awang dengan Ambiga. Cukup-cukuplah memperbodohkan orang Melayu Hadi oiii.

SUMBER BERITA: TMI


3 comments:

Anonymous said...

Dah jauh tersesat si Hadi ni !

Anonymous said...

Perjuangan pas memang sesat!

Kerana apa? Kerana pas nak menegakkan islam dgn cara berpolitik yg tak pernah nabi saw buat. Pas memang sesat.....

Horas! said...

salam, blog tuan dah saya pautkan di umbhululangat.blogspot.com.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI