PAS yang sebelum ini penuh dengan hidup di awang-awangan kini mungkin sudah mula tersedar dan ingin berpijak kembali ke bumi yang nyata. Mungkin tidak sukar untuk kita semua membuat tafsiran apabila membaca berita di bawah ini;
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
Cuma samada Salahuddin berjaya atau tidak dengan gesaannya tersebut, agak sukar juga untuk dijangka. Ini kerana Pemuda PAS pula mempunyai pendirian yang berlainan sebagaimana berita di bawah;
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS pusat pada Jumaat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu memperlihatkan sikap yang konsisten dalam isu pelaksanaan hukum hudud.
"Saya kagum dan menyokong kenyataan Nik Aziz yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya.
Kedua-dua berita tersebut ditulis pada hari yang sama iaitu Jumaat, 23 September oleh portal Mstar dan ini menunjukkan bahawa dalam PAS sendiri berpecah-pecah dan terbahagi pendapat berkaitan isu hudud ini. Ini belum lagi diambil kira perpecahan yang berlaku dalam Pakatan.
Pendirian sebegini harus dilihat oleh rakyat bahawa, samada PAS mahupun Pakatan belum layak lagi untuk memimpin negara. Bagaimana untuk mengemudi sebuah negara, sekiranya anggota pentadbirannya hanya baru menghadapi satu isu sahaja sudah tidak boleh satu suara?
3 comments:
Alaaa Tuan:-)
Pemuda tu Dewan Kosong jer,
bukan ada isi pun.
Setuju dgn Pok Nick, entah apa-apa,
bukan dia reti pun.
HH,
Sebenarnya masing-masing nak tunjuk siapa jaguh, maklumlah semua nak kan tempat PRU nanti. Padahal semuanya tak boleh pakai.
kejap nk bt,kejap xnk bt,kejap dlm ms terdkt..blom tnya mat sabun lg..nth apa pulak jawapan skandal normah 121..haha
Post a Comment