TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 24, 2011

PATRIOT ACT - MAJLIS PEGUAM PUN GOYANG

Sebut fasal Patriot Act, Majlis Peguam pun boleh goyang, apatah lagi pihak pembangkang. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, Malaysia tidak seharusnya menjadikan Patriot Act yang digunakan Amerika Syarikat sebagai contoh dalam menggubal undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA kelak.
Pelik juga, selalunya mereka akan mengagong-agongkan apa sahaja yang keluar dari Amerika ni, kalau nak mengadupun, mereka suka mengadu kat Polis Dunia ni, tapi bila tiba pasal Patriot Act, terus goyang. Mereka boleh tiru apa yang Amerika buat, tapi bila kerajaan nak tiru, mereka tak kasi.

Katanya Patriot Act Amerika tu undang-undang melampau yang melanggar dan mencabul hak asasi manusia. Tapi bagaimana pulak nak ambil tindakan terhadap manusia melampau yang melanggar dan mencabul hak asasi undang-undang?

Sebaliknya mereka menyuruh kerajaan melihat kepada undang-undang Kanada dan Australia. Dua-dua negara ni adalah negara Komanwel. Kalau setakat nak ikut balik undang-undang yang terpakai kat negara Komanwel, baik tak payah ubah ISA dulu. Ini kerana semua negara Komanwel asalnya menggunakan acuan British yang sama. Kalau lebih, pun lebih sikit dan kalau kurangpun, kurang sikit. Nanti ada lagi yang berkata kita masih terbelenggu dengan undang-undang dan cara penjajah. 

Dah puas kita cuba amankan negara dengan cara British, rasanya tak salah kalau kali ni kita cuba pulak cara Amerika. Mungkin negara akan lebih aman, siapa tahu? Majlis Peguam janganlah pulak jadi sasau tak tentu fasal dan nak tukar profesyen jadi pejuang hak asasi manusia pulak. 

Kalau Majlis Peguam pun boleh goyang dengan Patriot Act ni, bagaimana pula agaknya para poliTIKUS yang sering suka mencari fasal untuk menghuru-harakan keadaan tu?

2 comments:

cacamarba said...

kita tggu guan eng x guna,mat sabu,mano nana nano,tian cuak dan geng ISA nk kata apa plak.mungkin org tua biol hishamudin rais pn bole jgk bg komen..depa kn pakar..huhu

Anonymous said...

Nama sidia ni macam bangsa Cina.. habis tu kenapa dia tak galak Malaysia contohi cara sama yang diguna Negara Cina? Nak .. apahal pulak nak ikut mereka yg nun jauh dari budaya sini?

Mungkin Negara akan jadi lebih aman kut, kalo demonstrasi haram, guna kereta kebal dan gelek saja penunjuk perasaam sama macam dibuat dari Negara Asal ketutunan mereka dulu?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI