TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 28, 2011

SBP -BUKAN 3A2B MASALAHNYA TETAPI BAYARAN

Kelmarin Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yasin mengumumkan bahawa kriteria untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikurangkan kepada minimum memperolehi 3A2B dalam UPSR.
Dalam mengalu-alukan keputusan tersebut, masalah sebenar yang harus dilihat oleh Kementerian Pelajaran ialah bukannya kelayakan minimum keputusan UPSR. Anak-anak luar bandar sekarang ini telah ramai yang mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan memperolehi 5A dalam UPSR. Bahkan hampir setiap sekolah luar bandar dewasa ini pasti akan ada murid yang sekurang-kurangnya memperolehi 4A1B.

Dalam begitu ramai yang mencatatkan keputusan yang cemerlang, pernahkah Kementerian Pelajaran mengambil tahu berapa ramai ibubapa dari kawasan luarbandar yang menolak tawaran untuk menempatkan anak-anak mereka ke SBP atau ke Asrama Pusat? Masalah pencapaian dalam pelajaran kini bukanlah masalah utama kepada penduduk luarbandar untuk merebut tempat ke SBP atau Asrama Pusat.

Masalah paling utama sekali ialah Kementerian Pelajaran harus memantau bayaran-bayaran yang terpaksa dijelaskan oleh ibubapa setiap tahun untuk membolehkan anak-anak mereka belajar di SBP atau Asrama Pusat. Bayangkan sesetengah sekolah, bayaran untuk memasuki Tingkatan Satu mengalahkan bayaran awal untuk memasuki universiti!!!

Terlalu banyak benda yang terpaksa dibeli. Baju dengan pelbagai jenis baju dan pelbagai bayaran lain yang tidak ada disekolah harian biasa. SBP dan Asrama Pusat seolah-olah berniaga setiap awal tahun. Sebenarnya perkara bayaran setiap awal tahun inilah yang menyebabkan ramai ibubapa luarbandar menolak tawaran bila anak-anak mereka mendapat tempat di SBP atau Asrama Pusat.

Kementerian seharusnya memantau dengan teliti perkara ini. Ini kerana bila SBP dan Asrama Pusat telah dikuasai oleh golongan berpendapatan tinggi, PIBG juga dikuasai oleh golongan berpendapatan tinggi. Golongan-golongan inilah, demi untuk memudahkan anak-anak mereka yang dimanjakan, akan melalui PIBG ataupun Permuafakatan Asrama mencadang dan meluluskan pelbagai bayaran yang tak terjangkau oleh penduduk luar bandar. Sesetengahnya hinggakan bayaran dobi diwajibkan walaupun terdapat sesetengah pelajar membasuh sendiri pakaian. 

Diharapkan Kementerian Pelajaran, sebelum dapat menyelesaikan isu bayaran awal tahun setiap SBP dan Asrama Pusat ini, janganlah memberikan harapan tinggi kepada ibubapa luarbandar. Mengurangkan tahap keberolehan dalam UPSR untuk ke SBP seolah-olah TS Muhyiddin menganggap bahawa pelajar luar bandar tidak secerdik pelajar bandar. 

Sebenarnya dengan kelulusan 4A1B dan 5A sahaja, sekiranya tidak dibolot oleh golongan berpendapatan tinggi, belum tentu cukup tempat yang ada di SBP untuk menempatkan pelajar luar bandar.

Apa yang lebih penting ialah wujudkan sekolah elit untuk anak-anak orang kaya, anak-anak jutawan agar hak anak-anak rakyat yang kurang mampu di SBP dan Asrama Pusat tidak dirompak.

19 comments:

Anonymous said...

Memang betul TiS,

Jika tidak silap saya, tujuan asal sekolah berasrama penuh (SBP) mengumpulkan pelajar-pelajar Bumiputera yang cemerlang yang miskin di kampung atau pinggir bandar. Mereka akan bersaing antara satu sama lain.

SBP tidak dibuka kepada murid bumiputera yang cemerlang tetapi kaya kerana keluarga mereka mampu menempatkan anak-anak mereka di sekolah elit di bandar.

Tetapi sekarang, objektif asal penubuhan SBP terpesong apabila golongan elit Bumiputera berjaya mempengaruhi pemimpin agar mengubah dasar.

Jangan terkejut jika kemasukan SBP memerlukan ibu bapa menyediakan wang sekurang-kurangnya RM1000.00. Yuran makan sahaja kena bayar lebih RM650.00 setahun (mungkin pihak SBP benarkan penjaga bayar duit makan ikut bulan iaitu RM60.00 sebulan).

Begitu juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

wb16250 said...

bagi peluang...bagi peluang..bagi peluang lagi...TAPI...student2 ni lah lepas ni yg paling byk bangkang kerajaan..konon dah bijak pandai..semua kerajaan buat tak betul!!!...rakan2 saya dr MRSM...kat FB tu...sedih bila baca kat wall diaorg...maki hamun kerajaan n pemimpin negara..maklumla study kat obersea...konon dah rasa hebar!!

Anonymous said...

setuju betul ana bayaran ya bayarannya.

Anonymous said...

Tulisan TIS itu memang ada kebenarannya kerana aku punya dua anak yang bersekolah di asrama penuh.

Tulisan TIS juga membuktikan bahawa orang Melayu masih belum mampu sepenuhnya tanpa bantuan kerajaan hari ini.

So wb16250,

Macamana orang orang melayu yang dah berjaya hendak berbangga dengan kejayaan yang mereka ada?

Kecualilah kalau melayu melayu yang berjaya ini sudah mampu menyediakan beribu ribu peluang pekerjaan, maka kerajaan sudah tidak lagi relevan membantu rakyat !!!

Soalnya apakah mereka ini mampu kalau sekadar makan gaji pun masih dengan kerajaan ?

Apakah jaminan yang jika kerajaan ditukar kelak anak anak melayu boleh dengan senang lenang mendapat pekerjaan dari kerajaan baru?

Jangan sampai marahkan daun pangkal ditebang !!

Anonymous said...

aku setuju dgn wb16250,

amat memalukan sebab mereka2 yg telah dibantu dlm sbp dan mrsm dahulu inilah, bila telah berjaya, makihamun kerajaan pulak. tak pernah nak ingat melayu2 Islam yg perlu pertolongan spertimana mereka dulu mendapat pertolongan..
jenis manusia tak kenang budi.

Anonymous said...

Setuju benar,ramai yang mendapat tajaan MARA ni menyebelahi pembangkang..

usin said...

yes, aku sokong pasal bayaran di sbp. contoh masa anak aku di salah satu sbp pahang, hampir rm2000 terpaksa dibelanjakan utk pendaftaran shj. bayangkan yuran pibg rm200! sbp utk anak org kaya ke atau yg kurang berkemampuan tp cerdas belajar? selain itu kena bukak pulak akaun simpanan kt koperasi minimum rm200. konon boleh dikeluarkan oleh anak bila sesak. utk makluman, sampai sekarang duit tu tak pernah dapat dituntut walaupun anak aku dh kt u sekarang!!! tak apalah, kalau duit tu berkembang dan menguntungkan koperasi, bahagi2kanlah dividen kepada pendeposit. aku halalkan. so, kementerian jangan pandang kelayakan akademik masuk sbp shj kalau nk tolong anak org miskin dn luar bandar, pandang bayaran2 tahap elit yg terpaksa ibubapa sediakan. harap maklum.

Anonymous said...

setaau aku sbp hanya utk anak2 orang umno yg berada dan kaya.

even pelajar2 yg dari bandar jauh lebih ramai dari luarbandar.

melayu2 kaya dari banddar selalunya berjaya memasukkan anak mereka kesbp melalui cara ' whom do u know n how much can u give'.

aku anak dpt 5A, dok bandar mkn gaji, bukan org kaya, sakit kanser dgn berkali2 merayu masih tak dapat ke sbp.

so government tok saah temberang nak tolong rakyat yg susah ..

Anonymous said...

wow...semua pandangan mmg berasas! klulah setiap hari topik macam ni yg kita bincangkan dan cari jalan penyelesaiannya...kan bagus!

Anonymous said...

Maaf untuk mengatakan sesuatu yang berbeza pendapat. Saya salah seorang pelajar SBP tidak bersetuju dengan pandangan anda semua. Memang SBP kini sudah bebeza tujuan kerana dasar kini kerajaan mahu taraf pendidikan Malaysia dapat ditingkatkan melalui kewuujudan SBP. Walaupun dikatakan SBP bayarannya mahal, namun ingat, bayaran merangkumi keseluruhan kos saraan yang merangkumi hari-hari di SBP termasuklah makan, elektrik, air, dan lain-lain. Pendidikan di SBP lebih terjamin berbanding sekolah harian. Untuk pengetahuan semua, terdapat pelbagai biasiswa seperti Biasiswa Kecil Persekutuan, Pertronas dan lain2. Mereka yang mempunyai gaji bawah RM1500. Mereka dikecualikan atau pun direbatkan bayaran yuran tahunan. Mereka akan mendapat bantuan biasiswa tahunan sebanyak RM 1500 paling tidak. Maka saya harap, tiada lagi sangka buruk terhadap SBP.

Anonymous said...

Sekolah ini hanya untuk bumiputera shj..
cina dgn india macamana.? Mana ada 1malaysia kat sini?

Anonymous said...

Sbp untuk semua bangsa la. Kecuali sbp premier tak silap saya.

.fi. said...

Tutup dulu sekolah yg jenis jenis tu baru cerita psl sek lain yg utk bumiputra

Anonymous said...

Anak aku sekolah sbp kat kedah. Yuran pendaftaran mahal....patut la yang datang pun ramai yang kereta mewah.

Anonymous said...

Yuran makan di sbp dlm rm750 setahun merangkumi makan minum dan tempat tinggal. Kos sebenar utk makan minum sehari ialah rm18. Jika didarab bil hari belajar di sekolah mmg dah meletup rm750. Selebihnya subsidi kerajaan.

Selain tu parents diwajibkan bayar yuran pibg sebanyak rm250 - rm500 mengikut tingkatan. Dgn yuran sebanyak tu memang berbaloi dibayar kerana wang tersebut digunakan utk menggerakkan program2 pibg utk membentuk kemenjadian anak2 sbp yg terbaik dari segi rohani, jasmani dan seterusnya memperoleh keputusan yg baik dlm exam. Wang tersebut mungkin digunakan utk memberikan sedikit saguhati kpd guru2 yg telah bekerja lebih masa mengadakan kelas2 tambahan di sekolah. Bayaran ini wajib kepada semua parents hanya dikecualikan kpd golongan yg tidak mampu. Yg tidak mampu akan dibayar melalui dana sumbangan ibubapa. Jadi yg kaya membantu yg miskin. Ini jelas dan terbaik.

Namun yg menjadi kehairanan ialah mengapa sbp mewajibkan yuran dobi sedangkan baju boleh dibasuh secara manual oleh setiap pelajar. Mengapa perlu diwajibkan. Penggunaannya lebih kepada individu itu sendiri. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kem pendidikan. Jgn bebankan ibubapa membayar kos utk perbelanjaan yg ada jln alternatif. Ada sbp yg memberikan jawapan mudah iaitu utk memberikan keselesaan pelajar belajar tanpa membuang masa di bilik basuhan. Bukankah sbp antara lain bertujuan membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin dalam semua aspek. Jgnlah pelajar jadikan alasan tiada masa utk membasuh pakaian. Mereka perlu bijak menyusun masa.

Anonymous said...

Gov diberi amanah utk kebajikan rakyat. Scholars x semestinya mesti sokong gov

cash loan said...

Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
  ******************************
1) Nama Penuh:
  2) Jantina:
  3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
  4) Tempoh Pinjaman:
  5) Negara:
  6) Alamat Rumah:
  7) Nombor Mudah Alih:
  8) Nombor Faks:
  9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
  11) Tarikh Gaji:
  12) Tujuan pinjaman:
  13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:

cash loan said...



Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:

Abdullah said...

Kami memberi pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 3%
Captain One menyediakan Perkhidmatan Kewangan Cemerlang dan Profesional dan kami terkenal dan pemberi pinjaman wang tulen di seluruh dunia
Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:
Pinjaman Lori
Pinjaman peribadi
Pinjaman penyatuan hutang
Pinjaman Kereta
Pinjaman Perniagaan
Pinjaman pelajar
Pinjaman Gadai Janji
Pinjaman Pembiayaan Semula
Pinjaman Rumah
Pinjaman penambahbaikan
Pinjaman Pembinaan
Sila tulis kembali jika berminat dengan kadar faedah kami:Sila hubungi kami melalui:abdullahonlinefinance@gmail.com

ARTIKEL HANGAT BULAN INI